perkembangan kebun perumahan, 16 Ogos 2018

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan didalam kesibukan tugasan.

Bayam
Bayam yang disemai bulan lepas sudah bercambah. Namun, pertumbuhan benih bayam tidak memberansangkan. Selepas berminggu minggu, pertumbuhan masih lagi perlahan. Pokok bayam tidak sampai sejengkal. Tidak pasti mengapa terjadi begini. Kebiasaannya pertumbuhan bayam sangat cepat. Pokok disiram secara automatik setiap hari dan tiada tanda tanda tidak cukup air.


Pokok tebengau
Pokok tebengau yang ditanam di bahagian tengah laman semakin membesar dan merimbun. Keadaan halaman menjadi lebih teduh. Cuma, saya perlu pastikan akar akar pokok tidak akan merosakkan konkrit sekitar kolam ikan.


Cili padi
Cili padi masih lagi mengeluarkan hasil. Cuma sekarang saya kurang memetik dan membiarkan jiran jiran memetik cili padi. Terdapat serangan bena yang agak terkawal. InsyaAllah saya akan cuba menyemai lagi cili padi. Kali ini, buah yang masak akan dibiarkan kering dahulu sebelum direndam dan disemai.

InsyaAllah bulan september akan menjadi bulan yang menarik untuk penanaman di kebun perumahan kerana terdapat banyak masa cuti yang boleh dihabiskan untuk menyemai benih benih baharu. Benih yang paling menjadi ingatan ialah benih terung telunjuk. Sayang sekali kerana saya sudah tidak mempunyai benih terung telunjuk.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus