balik kampung cuti hari Malaysia 16 September 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada cuti hari Malaysia 16 September. Perancangan awal pada 15 September sepatutnya turun memancing di laut. Namun, disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Kami terpaksa membatalkan rancangan memancing pada saat akhirt.

Bersih kebun belakang rumah

Perkara pertama yang ada diingatan apabila balik ke kampung ialah untuk menebas rumput dan semak samun dibelakang rumah yang sudah lama tertunggak. Rasanya sudah lama kebun belakang rumah terbiar. Buat masa ini rumput ditebas supaya laluan ke kawasan belakang rumah lebih terang. Kebetulan, kawasan parit dibelakang rumah juga sudah dibersihkan oleh pihak berwajib. Jadi, tugasan sekarang ialah memastikan rumput tidak lagi panjang dan menjadi semak samun kembali.

Kawasan belakang rumah akan ditanam dengan pokok pisang bagi menggantikan pokok pisang yang mati akibat masalah banjir sebelum ini. Kawasan yang akan ditanam akan ditambak sedikit bagi memastikan lebih tinggi dari paras air didalam parit. Pokok pisang tumbuh subur dan kurang diserang penyakit bila akarnya tidak terlalu basah.


Ikan tilapia

Alhamdulillah ikan tilapia didalam kolam sudah mula membiak kembali. Anak anak ikan tilapia kelihatan didalam kolam. Kadar kelansungan hidup anak ikan dapat ditingkatkan jika air didalam kolam dikurangkan. Ini kerana, ikan tilapia dewasa selalu memakan anak ikan tilapia. Apabila air didalam kolam dikurangkan. Anak anak ikan tilapia kurang dimakan oleh ikan tilapia dewasa.

Ada satu masalah baru didalam kolam ikan tilapia iaitu kehadiran ikan haruan. Ikan haruan juga memakan anak anak ikan tilapia. InsyaAllah ikan haruan akan cuba ditangkap dan dibuang daripada kolam ikan tilapia.

Pokok putat nasi

Pokok putat nasi dibelakang rumah sudah mencapai saiz yang besar. Pokok akan dicantas supaya tidak terlalu tinggi dan mengeluarkan pucuk baru yang mudah dikutip. InsyaAllah akan cuba menyemai benih pokok putat daripada keratan.

Kebun pisang

Kebun pisang perlu ditebas supaya lebih terang dan mudah untuk urusan menjaga kebun pisang. Dianggarkan sekurang kurangnya 3 hari diperlukan untuk menebas kebun pisang. InsyaAllah akan cuba mengatur masa pada bulan depan untuk membersihkan kebun pisang.

Memancing dan menjala

Buat masa ini, tiada hasil daripada aktiviti memancing. Sasaran utama ialah ikan haruan. Namun, nasib tidak menyebelahi saya kerana banyak ikan yang terlepas. Aktiviti menjala juga dilakukan untuk mendapatkan ikan seperti ikan sepat. Saya cuba untuk menjala ikan tilapia liar, namun masih belum berhasil.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus