balik kampung ramadhan 2019

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada pertengahan bulan Ramadhan. Kebetulan cuti nuzul Quran dan cuti ganti hari Wesak jatuh pada minggu yang sama. Masa yang ada diluangkan untuk melakukan kerja kerja kampung.

Baiki mesin rumput

Mesin rumput yang baru dipakai beberapa bulan telah rosak. "Bearing" pada bahagian pemutar mata bilah sudah berbunyi dan mata bilah sudah tidak berpusing dengan laju. Kerja membaiki dilakukan di kedai menjual mesin rumput. Kos membaiki mesin rumput sebanyak RM 100.00.

Baiki kolam ikan

Kolam ikan yang sudah dikeringkan beberapa minggu sebelumnya di baiki dengan menggunakan simen khas. Harga simen ini agak mahal sekitar rm 80 bagi pek seberat 20 kilogram. Kerja membaiki kolam dilakukan pada secara berperingkat peringkat kerana memerlukan tenaga kudrat empat kerat di waktu bulan puasa ini.

Cuci akuarium

Akuarium besar di depan rumah agak terbiar sekarang ini. Lumut tumbuh pada dinding. Cubaan menggunakan berus biasa untuk membuang lumut tidak berhasil. Akhirnya kerja mencuci lumut terpaksa dibuat menggunakan berus dawai. Buat masa ini, kolam agak kosong tanpa sebarang aksesori seperti tunggul kayu dan batu batan. InsyaAllah akan cuba hias akuarium sebelum akhir bulan puasa. Disamping itu, kualiti air juga harus diperbaiki kerana air akuarium nampak berkeladak. Kemungkinan besar, sistem penapisan perlu dipasang.

Buah mempelam

Alhamdulillah banyak buat mempelam yang masak. Tetapi disebabkan bulan puasa, buah buah mempelam tidak sempat hendak dimakan. Ada buah yang masak diatas pokok dan dimakan tupai dan burung. InsyaAllah apabila tiba syawal, lebih banyak buah yang akan masak dan dapat dimakan bersama sama saudara saudara yang balik beraya di kampung.

Memancing

Peluang balik ke kampung cuba digunakan untuk memancing. Namun, ikan sukar dipancing pada waktu ini kerana petak sawah digenangi air dan ikan berada di merata tempat. Air sungai juga keruh kerana aktiviti membajak sawah menyebabkan air yang masuk ke sungai menjadi sangat keruh. InsyaAllah akan cuba luangkan masa memancing di kawasan kolam pula apabila balik kampung sekali lagi.

Berita Kematian

Balik kampung kali ini juga, Tok Tam iaitu bapa saudara ayah telah meninggal dunia pada hari selasa 21 Mei 2019. Semoga arwah ditempatkan bersama sama orang yang soleh. Usia Tok Tam sekitar 90 tahun lebih. Teringat nostalgia beraya sewaktu kecil di rumah Tok Tam, Tok Njang, Tok Chik dan rumah sanak saudara di kampung. Tok Tam merupakan waris akhir anak Moyang Tok Kama. Al Fatihah buat Tok Tam.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus