perkembangan kebun kampung awal Mei 2019

Alhamdulillah posting baru di blog kebun kampung muncul kembali. Kesibukan tugas menyebabkan aktiviti berkebun tidak banyak dijalankan.

InsyaAllah ada beberapa misi di kebun kampung untuk dilaksakan menjelang hujung tahun.

tanam mempelam harum manis

InsyaAllah tahun ini akan cuba menambah benih pokok harum manis di kawasan kebun pisang. Jika ada rezeki, bolehlah menuai hasil dalam beberapa tahun akan datang.
Disamping itu, pokok pokok mempelam pauh yang sudah lama di kawasan kampung akan cuba di tut dengan tut harum manis. Kaedah ini dikatakan menhasilkan buah dengan lebih cepat.

bersih kebun pisang

Alhamdulillah, kebun pisang sudah berjaya dicuci beberapa kali semaasa musim kering yang lalu. Kini, tugas membersihkan kebun pisang lebih mudah. Terdapat beberapa lagi pokok yang tumbuh liar yang perlu ditebang. Pisang yang dituai dikebun akan cuba di jadikan kek pisang sebagai produk sampingan kerana sayang pisang yang selalu dituai tidak sempat digoreng.

Disamping itu, saya akan cuba mendapatkan benih pisang tandun dan juga pisang nipah. Kebanyakan vareiti didalam kebun ketika ini ialah dari jenis pisang awak dan pisang berangan.

kolam ikan ayah

Kolam ikan tilapia ayah masih belum dapat dilakukan kerja baik pulih. Kolam utama kini tidak ada ikan kerana terdapat bahagian dinding yang bocor. Simen khas sudah dibeli untuk kerja kerja membaiki kolam. InsyaAllah akan cuba melakukan kerja baik pulih sebelum hari raya ini.

memancing

InsyaAllah akan cuba memancing ikan tilapia liar dikawasan terusan yang belum siap. Sebelum ini, ada pemancing yang mendapat ikan tilapia yang banyak dikawasan terusan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus