aktiviti hujung minggu 22-23 Jun 2019

Alhamdulillah, perancangan untuk ke Kuala Kangsar pada 22 Jun 2019 dan balik kampung pada 23 Jun 2019 berjalan dengan baik. Beberapa aktiviti ziarah dapat dilaksanakan di Kuala Kangsar.


Ziarah Kuala Kangsar

Perancangan awal ialah untuk menziarah rakan di kuala kangsar seawal jam 9 pagi. Namun, perancangan tergendala sedikit. Kami hanya keluar dari rumah jam 9.30 pagi dari Pulau Pinang. Perjalanan kesama nemgambil masa lebih kurang satu jam tiga puluh minit. Trafik lancar sepanjang perjalanan. Cuaca juga hanya redup redup tanpa hujan. Apabila kami sampai ke dataran kuala kangsar, pasar pagi sudah hampir tutup. Kebanyakan peniaga sudah mulai mengemas. Jadi, kami segera melalui pasar pagi untuk melihat barang yang masih boleh dibeli. Diantara barang yang dibeli ialah kerepek pisang yang baru dibuat, buah buahan untuk dijadikan buah tangan bila berkunjung ke rumah rakan. Saya juga sempat membeli beberapa batang anak pokok pisang tanduk.

Setelah singgah di pasar pagi dataran kuala kangsar, kami singgah sebentar ke gerai laksa. Tekstur bihun laksa kuala kangsar berlainan berbanding bihun laksa utara. Rasanya bihun laksa kuala kangsar dibuat segar berbanding bihun laksa utara yang lebih menggunakan bihun laksa rendam. Saya menggemari kedua dua jenis laksa. Kuah laksa tidak banyak berbeza dari segi rasa.

Ziarah sahabat di Kuala Kangsar berjalan lancar. Rakan saya juga mempunyai chalet berhampiran sungai perak yang sesuai untuk di jadikan tempat aktiviti bersama keluarga. InsyaAllah akan datang untuk sesi ziarah lain pada masa depan.

Balik kampung

Pada keesokan harinya, saya dan isteri balik ke kampung. Kebetulan berlaku ribut yang kuat di Alor Setar. Pokok mempelam di belakang rumah telah tumpang. Nasib baik pokok yang tumbang tidak mengenai bahagian rumah. Pokok tumbang dikawasan lapang belakang rumah. Ayah sudah memanggil Pak Abu untuk memotong pokok yang tumbang. Jadi, kepulangan saya memang dinantikan untuk membersihkan pokok pokok yang ditebang kerana ayah sudah tidak larat lagi untuk membuat kerja kerja berat.

Kerja kerja pembersihan pokok mempelam yang tumbang mengambil masa kira kira dua jam setengah. Alhamdulillah isteri dan mak sama sama membantu.

Wan Che Anna pula menggantikan bahagian bumbung atas rumah yang tercabut. Nasib baik kerja membaiki bumbung sempat dilakukan sebelum hujan turun semula.

Anak anak pokok pisang tanduk yang dibeli di Kuala Kangsar saya bawa balik bersama. Alhamdulillah anak pokok piasng berjaya ditanam di belakang kawasan rumah. Harap harap dapat merasa pisang tanduk awal tahun hadapan.

Ulasan

  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus