nostalgia pokok limau

baru baru ini semasa balik ke kampung, mak bercerita tentang pokok limau yang pernah ditanam di sekitar kawasan rumah. Mengikut cerita mak, pokok limau mula di tanam oleh tok wan Darus. Berpuluh puluh pokok yang tok wan Darus tanam sehingga boleh dijual hasilnya. Rasanya sangat manis mengikut cerita mak. Mak terkenang rasa manis buah limau dan mengeluh bahawa sudah tidak ada lagi benih pokok. Berdasarkan penceritaan mak, pokok limau tersebut hidup subur dikawasan tanah sawah.


Kenangan buah limau tepi rumah.

Semasa saya remaja, terdapat sepohon pokok limau di tepi rumah. Buah buah limau tersebut tidak terlalu manis dan mempunyai rasa masam yang agak kuat. Saya tidak mengemari rasa limau tersebut. Banyak buah yang terbiar begitu sahaja tanpa dimakan. Apabila saya masuk asrama, pokok tersebut sudah tiada. Rasanya pokok tersebut mati. Saiz pokok limau tersebut sekitar 3 meter dan batang sebesar paha.

Limau manis vareiti siam

Terbaru, saya mendapat info dari internet bahawa terdapat vareiti limau dari Siam, limau chokun yang manis dan rajin berbuah. Mungkin inilah vareiti yang pernah di tanam di kawasan rumah dulu dulu. InsyaAllah akan cuba membeli beberapa anak benih untuk ditanam.

vareiti vareiti lain yang pernah ditanam

Vareiti lain seperti limau telur, limau purut dan limau bali pernah ditanam di sekitar kawasan rumah. Dulu dulu, buah limau vareiti ini sukar diperolehi dan harga agak mahal bagi orang kampung. Limau telur digunakan didalam proses membuat acar. Manakala limau purut diambil daunnya untuk kegunaan masakan. Limau bali pula dimakan secara mencicah bersama garam belacan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus