perkembangan kebun kampung Januari 2020

Alhamdulillah ada sedikit perkembangan kebun kampung yang saya boleh kongsikan


Tanaman ubi kayu

Tanaman ubi kayu sudah mencapai tempoh tiga bulan. Pokok sudah mencapai tinggi lebih kurang dua meter. InsyaAllah perlu tunggu selama tiga bulan lagi sebelum dapat dituai.


Pisang tanduk dan pisang udang merah

Buat masa ini tumbesaran pisang tanduk dan pisang udang merah masih belum memuaskan. Sebagai langkah membantu tumbesaran, saya sudah tambun sedikit tanah disekitar pangkal pokok untuk membantu pokok menyimpan lebih air. Keadaan musim kering sekarang menyebabkan banyak pokok yang terbantut.

Kebun mempelam belakang rumah

Kebun mempelam dibelakang rumah telah tiada lagi untuk memberi laluan kepada pembinaan rumah mak saudara. Jentera jentera berat sudah membersihkan tanah dan meratakan tanah. Tanah merah sudah dibawa masuk menggunakan lori untuk membina tapak rumah. Banyak nostalgia dulu dulu bermain dikawasan kebun mempelam. InsyaAllah ada rezeki buka kebun di kawasan lain pula.

Didalam kebun mempelam terdapat banyak anak benih lengkuas kampung. Sayang sekali saya tak sempat mengambil benih dari kebun mempelam. Namun, hati saya terubat kerana terjumpa beberapa anak benih lengkuas setelah saya mencari dikawasan berdekatan kebun. InsyaAllah anak benih akan dipindahkan ke tempat yang lain.

Ikan tilapia merah

Sudah lama saya berangan untuk mencari benih ikan tilapia merah bagi menggantikan benih ikan tilapia merah yang habis mati. Hanya tinggal beberapa ekor ikan tilapia merah didalam kolam simen. Kebetulan semasa saya memancing di sebuah kolam, terdapat banyak anak ikan tilapia merah. Jadi, saya telah menjala anak anak ikan tersebut untuk dijadikan stok benih di kolam simen.

Ulasan

  1. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q.ME
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-Q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    ~sakong
    ~aduQ
    ~capsa susun
    ~perang baccarat (new game)
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus