Catatan

Pameran hari penternak dan peladang P. PINANG 2013

Hari penternak dan peladang peringkat pulau pinang akan berlangsung lagi pada 3-7 julai 2013 di tapak ekspo seberang jaya. Jangan lepaskan peluang ke sana.

Ikan tememung perap asam

Ikan Temenung @ kembung dan tenggiri sesuai di perap asam. Tujuannya ialah supaya ikan tahan lama. Cara orang lama lama memanjangkan hayat makanan. Kalau pancing dapat ikan tenggiri selalu mak akan buat goreng selepas di perap asam. Caranya ialah ikan direndam campuran asam dan garam selama beberapa ketika supaya asam meresap dalam ikan. Boleh digoreng atau direbus. Berguna cara memasak begini terutama rumah yang tiada peti sejuk.

Kisah kebun nako nambua

Ayah dulu pernah cerita bagaimana ayah dan tok wan membuka tanah di kampung nako nambua. Naik basikal tua dari alor setar ke sana. Bekalan yang dibawa ialah nasi, ikan kering tamban kiat dan cabai kicap masin cair. Itu saja yang ada pada masa tersebut. Kali terakhir pergi melihat tanah tersebut ialah ketika zaman remaja. Itupun sebab ayah nak membayar cukai tanah. Diusahakan dengan tanaman tebu. Banyak juga ulaman pucuk cemumar yang tumbuh. Mak ambil untuk dibawa balik. Walaupun tak melalui zaman tersebut namun bila nak makan cabai kicap akan teringat cerita ayah.

Kebun untuk gaza

Imej
Bagi rakan rakan pekebun, tanah syam dan sekitarnya seperti di gaza sangat sesuai untuk penanaman sayur sayuran dan buah buahan. Seperti yang dipelajari dalam ilmu geografi dahulu iklim di gaza ialah iklim meditreanean. Keadaan yang berdekatan dengan laut menstabilkan suhu kawasan disana. Namun seperti yang kita ketahui, gaza bukanlah kawasan yang bebas ketika ini. Ianya dibawah pengawasan ketat rejim yahudi. Ada peluang untuk kita membantu masyarakat pekebun disana dengan menghulurkan bantuan menjayakan projek pertanian bersama Aqsa Syarif. Jadi jangan lepaskan peluang ini.

Musim durian di kampung

Imej
Alhamdulillah musim durian datang lagi. Buah jenuh makan kali ini. Buah di wang tepus menjadi. Begitu juga buah dari kebun di Baling. Selain dari buah di kebun, dapat juga merasa buah durian dari balik pulau seperti udang merah dan horlor. InsyaAllah jika tiada aral akan ke kebun wang tepus hujung minggu ini untuk mengutip buah rambutan, manggis dan pulasan pula. Teringat lagi pengalaman menanam benih pokok durian ini hampir sepuluh tahun yang lepas. Ada yang hidup dan ada yang mati terutama ketika musim kering. Pokok yang mati akan diganti/sulam bila mula musim hujan. Cepatnya masa berlalu menjadi kenangan duduk di kampung.

Semaian arugula dan pak choi

Imej
Alhamdulillah semaianbunga arugula dan pak choi semakin subur. Hujan yang turun hampir setiap hari menggalakkan lagi pertumbuhan. Kucing juga sudah tidak mengganggu kawasan tanaman pak choi. Pemerhatian mendapati anak benih yang agak terlindung kurang membesar walaupun berada didalam pasu. InsyaAllah akan cuba alihkan anak benih yang kurang membesar.

Misi mencari si tenggek burung

Ulaman tenggek burung menjadi antara ulaman yang sedap dimakan. Jika dapat mencari benih anak pokok bolehlah ditanam dalam pasu besar. Setakat ini sudah menjumpai induk pokok di suatu kawasan riadah. Namun pokok induk sudah dicantas. Bertambah malang lagi apabila penggemar ulam ini mengambil habis pucuk yang tumbuh. Hanya tinggal tunggul yang masih bernyawa dan berusaha melepaskan pucuk baru. Tinjauan juga mendapati ada anak anak pokok yang baru sejengkal tinggi. Harap dibiarkan tumbuh dan membesar. Sudah tidak sesuai untuk diambil. Namun kawasan riadah ini juga dalam proses dibangunkan semula. Jentera berat sudah memulakan operasi di kawasan sebelah sehingga membentuk kawah besar. Kemungkinan koridor ini akan digali dan diratakan. InsyaAllah akan mencari lagi anak tenggek burung kalau bernasib baik. InsyaAllah gambar akan diambil bila berkesempatan lagi ke sana.