Catatan

Perkembangan kebun perumahan 28 Feb 2014

Imej
Alhamdulillah kebun perumahan masih lagi mengeluarkan hasil dalam cuaca panas sekarang ini. Air perlu dijaga supaya mencukupi. Antara perkembangan dan perancangan Timun perlu diubah Anak pokok timun sudah perlu diubah. Ada cambahan baru yang bercambah. InsyaAllah akan dibawa balik ke kampung dalam minggu depan. Semaian kohlrabi, kobis Semainan kolhrabi, kailan dan kobis sudah boleh dimulakan. InsyaAllah akan membeli kompos semaian dan bekas semaian. Tuaian timun white wonder Timun whitewonder sudah mencapai saiz yang sesuai. InsyaAllah akan dituai semoga semakin berbunga. Sungkupan timun dengan kulit kacang tanah Kulit kacang tanah dijadikan bahan sungkupan bagi pasu timun. Pokok timun kecil tetapi daun sangat hijau. Tuai benih bayam Bayam sudah tua dan menghasilkan biji benih. Benih akan dikumpulkan untuk penanaman seterusnya. Pasu akan direhatkan dahulu dan dibaja semula.

kekabuh menyerang tanaman timun

Pokok timun nampaknya telah diserang oleh kekabuh timun. Seranggan ini merosakkan daun dan juga memakan bahagian bunga. Serangga ini boleh dikutip dengan mudah dengan tangan untuk dimusnahkan. Waktu malam boleh dijadikan waktu untuk mencari dan memusnahkan perosak ini kerana kurang terbang berbanding sewaktu siang. Serangga ini berengkerang tapi tidak keras. Mudah dimusnahkan dengan tangan. Alhamdulillah beberapa semaian timun baru semakin membesar. Beberapa polibeg lagi perlu disediakan. Setakan ini benih paling cepat bercambah ialah timun susu. Pada masa ini juga. masih lagi menunggu semaian labu air bercambah.

kursus kebun 22 Feb 2014

Alhamdulillah sempat menghadiri kursus berkebun pada 22 Februari yang lalu bersama isteri di Ipoh. Pelbagai tip berkebun dikawasan rumah yang dikongsikan oleh penceramah Qadijah Natural Farm. Kesemuanya sangat praktikal bagi kegunaan kebun di kawasan rumah. InsyaAllah akan cuba diamalkan untuk mendapatkan hasil yang baik dengan kos yang murah dan tanpa menggunakan racun perosak kimia. Bagi mereka ingin mencuba kursus ini, boleh ikuti jadual di http://www.organikmalaysia.com/. Harga kursus yang ditawarkan sangat berpatutan dan banyak lagi diskaun yang diberi.

balik kampung 23 Feb 2014

Alhamdulillah sempat singgah ke kampung selama dua jam. Mak masak bihun sup untuk tengah hari. Cuaca sekarang masih lagi panas. Malah, rasanya lebih panas daripada minggu minggu sebelumnya. Padi di bendang sudah dituai dan kebanyakan bendang bendang juga kering. Tinjau tinjau di kawasan rumah, pokok terung dari baling benih Tok Yam masih lagi mengeluarkan hasil. Pokok ini juga berjaya menghadapi serangan serangga dengan jayanya. InsyaAllah akan cambahkan lagi pokok terung ini kerana mutu buah dan daya tahan penyakit. Ibu ayam juga sudah beberapa ekor yang turunkan anak dari reban. Ada lebih kurang dua belas ekor anak ayam sekarang ini yang berusia kurang dari sebulan. Pokok pokok getah pula disekitar changlun sudah mengeluarkan pucuk baru. Mungkin pokok pokok ini sudah dapat merasakan musim hujan akan datang tidak lama lagi. Sebagai buah tangan, mak bekalkan pisang dan juga mempelam telur dari pokok tepi rumah tuk. InsyaAllah akan balik lebih lama minggu hadapan.

timun white wonder berbuah dan laporan semaian

Alhamdulillah timun white wonder sudah berbuah di kawasan yang tidak disangka sangka. Timun tidak dibuat sebarang para, cuma dibiarkan menjalar dan menjajah kawasan tanaman lain. Ada sulur yang rosak dilenyek tayar kereta. Timun yang terhasil dekat dengan permukaan tanah dan tersorok diantara rimbunan daun timun. Saiz buah kecil sahaja, mungkin akan dijadikan stok benih. Bunga timun betina yang cuba didebungakan secara manual pula tidak menjadi. Begitu juga bunga bunga timun lain yang jelas kelihatan ditepi tepi pasu. Laporan semaian Labu air sudah disemai Timun batu baru disemai semalam Timun baka tempatan OP sudah seminggu disemai dan tiada tanda tanda bercambah. Benih chayote pula layu diserang serannga pada bahagian akar rasanya Tanah som jawa terlalu basah kerana bahagian bawah saliran tidak dibuka. Gambar akan diletak kemudian.

sehari satu semaian

benih benih sayur masih banyak yang belum disemai. banyak lagi yang baru sampai dan belum dicuba. InsyaAllah bulan depan ada lagi benih baru yang akan dibeli. kawasan rumah taman yang terhad tidak memungkinkan semua benih ditanam. Kebun di kampung akan menjadi tempat semaian kekal. Pokok terung lebih sesuai untuk ditanam diatas tanah berbanding didalam pasu atau polibeg. Pokok tidak akan berkembang lebih daripada saiz polibeg. Seboleh bolehnya pasu yang besar supaya pokok boleh membesar dengan baik. InsyaAllah setiap hari akan cuba buat semaian baru. Waktu malam akan direndam benih benih dan pada waktu pagi benih akan disemai sebelum pergi kerja.

pecah beling dan bebuas

Imej
Alhamdulillah pokok pecah beling dan bebuas semakin sihat dan membesar. Pokok pecah beling senang tumbuh dari keratan. Keratan boleh direndam dahulu didalam air sehingga keluar akar atau dicucuk terus. Daun pecah beling boleh dijadikan ubat dan juga boleh diberi sebagai makanan tambahan ayam. bebuas Pokok bebuas pula sudah mula merimbun. Pucuk pucuk baru yang keluar boleh dijadikan ulam. InsyaAllah akan cuba dapatkan lagi anak pokok bebuas. Pokok bebuas mudah tumbuh di kawasan belukar.