Catatan

balik kampung 27 September 2014

Imej
Alhamdulillah, dapat balik kampung lagi minggu ini. Tidak banyak aktiviti yang dilakukan kerana jadual padat. Pokok timun sedang membesar, cuma tidaklah begitu menarik tumbesarannya. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan baja pada peringkat awal pertumbuhan. Minggu depan, akan cuti hari raya aidil adha. InsyaAllah akan digunakan sebaiknya untuk aktiviti kebunkampung. Diantara perancangan hujung minggu ini. 1. Siapkan bekas kompos Bekas tangki air lama akan dijadikan sebagai tempat untuk kompos di kampung. 2. Buat tempat menanam labu Beberapa tempat menanam labu sudah dikenal pasti. Sebanyak mungkin labu akan disemai dan harap harap ada yang akan membesar dan berbuah. 3. Pembajaan terung dan timun. Timun dan terung perlukan lebih banyak pembajaan. 4. Memancing Jika berkesempatan, waktu petang akan digunakan untuk memancing ikan didalam bendang. 5. Tanam daun kesum, pokok pandan dan bunga kantan. Kawasan berhampiran parit dan lembap sesuai untuk ditanam dengan ...

perkembangan kebun perumahan 25 September 2014

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan Diantara perkembangan Tuai terung Terung dikutip dahulu, insyaAllah akan digunakan dalam masakan kemudian Limau purut Dimusim hujan ini, banyak pucuk baru limau purut disamping buah limau purut. Semaian Semaian markisa, kacang kelisa dan kailan dibuat. InsyaAllah akan menambah lagi semaian sayuran jenis daun untuk mengambil kesempatan musim hujan sekarang. Anak anak semaian labu terpaksa menunggu seminggu lagi untuk dipindahkan ke kebun kampung kerana minggu ini jadual padat.

perkembangan kebun perumahan 22 September 2014

Imej
Alhamdulillah, hujan yang konsisten sepanjang hujung minggu menjadikan tugasan mengurus kebun perumaha lebih mudah. Antara perkembangan Terung Empat biji terung sedia untuk dituai. InsyaAllah akan dijadikan ulam ataupun dijadikan bahan didalam dalca. Anak labu Anak pokok labu semakin membesar dan sedia untuk dipindahkan ke kawasan tanaman. Petola bantal Alhamdulillah, petola bantal banyak berbuah di atas tiang telefon. Buah perlu dituai cepat sebelum isinya menjadi berserat.

balik kampung 21 September 2014

Imej
Alhamdulillah, dapat balik kampung minggu lepas, Antara aktiviti minggu ini Peria Daun pokok peria habis diratah siput. Nampaknya, mungkin terpaksa menyemai lagi benih peria. Mungkin kali ini peria akan dibiarkan merimbun didalam bekas polibeg sebelum dipindahkan ke tapak semaian. Petola bantal Alhamdulillah petola bantal semaking membesar dan sudah memanjat ke atas pokok besar. InsyaAllah akan dapat merasa buah petola dalam sebulan dua lagi. Markisa Alhamdulillah, markisa sudah mengeluarkan buah buah. InsyaAllah akan cuba diberi baja supaya lebih banyak berbuah. Terung Terung sarawak sudah mula lekat buah. Hanya sepokok terung sarawak yang hidup. Manakala terung terung varieti lain perlu dibaja supaya lebih banyak berbuah. Survey tempat untuk tanam labu Anak benih labu akan di semai dibeberapa tempat berpotensi. Harus dielakkan daripada ditanam dikawasan yang rendah dan selalu ditakung air. Memancing Waktu singkat sebelum balik semula ke Pulau ...

perancangan kebun kampung bulan oktober 2014

InsyaAllah jika ada rezeki dan umur yang panjang. Beberapa perancangan akan dijayakan untuk kebun kampung. 1. Tanam pokok pecah beling & kaduk Pokok pecah beling akan disemai dan dijadikan sebahagian rimbunan pagar belakang rumah. Disamping itu, daun kaduk juga akan cuba disemai lagi. InsyaAllah daun pecah beling boleh dijadikan jus dan diguna sebagai makanan tambahan ayam. 2. Tanam pokok bunga kantan Pokok bunga kantan banyak di rumah tuk timah. Tapi ruang perumahan yang sempit menyebabkan tidak banyak yang dapat ditanam. InsyaAllah benih pokok bunga kantan akan di ubah. Semasa di rumah tuk timah yang lama, pokok bunga kantan amat senang berbunga. Selalu mengutip hampir sepuluh bunga kantan. 3. Buat persediaan pameran tanaman InsyaAllah akan menyertai pameran tanaman yang menunjukkan teknologi ringkas penanaman di kawasan kebun perumahan dan bagaimana menggunakan ruang yang ada. 4. Semaian biji benih Beberapa biji benih akan dipilih untuk disemai. Kemungkinan beberapa...

aktiviti kampung cuti hari Malaysia 2014

Imej
Alhamdulillah cuti hari Malaysia tahun ini dapat berjalan jalan ke Baling. Antara aktiviti yang dijalankan. Mandi air panas Ulu Legong Ramai pengunjung di air panas ulu legong, waktu yang terbaik untuk mengelakkan kesesakan ialah awal pagi sekitar jam 9 pagi. Matahari masih belum naik dan udara masih lagi sejuk. Jika boleh, sewa dahulu inap desa sekitar kawasan air panas. Dulu dulu kawasan air panas ini adalah kawasan sawah. Kawasan air panas ini sebenarnya tidak jauh dari sempadan siam. Singgah rumah tok yam Alhamdulillah singgah rumah tok yam untuk ziarah. Disamping itu, dapat melakukan aktiviti panjat pokok rambai dan mengutip buah dokong. ibu ayam di kampung tok yam mampu membela sehingga sepuluh ekor anak ayam. Mungkin banyak sumber makanan Di rumah tok yam juga ada pokok beka yang besar. Buah beka sedap dibuat ulam. Sebelum balik, kami dapat singgah di kenduri kahwin di Baling. Alhamdulillah dapat sampai dengan selamat ke Pulau Pinang. Terima kasih pada ka...

tuaian hujung minggu 13 September 2014

Imej
Alhamdulillah, hujung minggu ini dapat lagi menuai terung. Dapat juga digunakan didalam masakan dalca dan nasi tomato. Selain itu, benih terung vareiti panjang juga sudah ada yang bercambah. Jadi benih benih dipindahkan ke dalam bekas semaian untuk membesar. Benih benih labu pula semakin membesar. Penyediaan tempat membesar labu perlu disegerakan. Tanah dikampung perlu dibaja dan digembur. Disamping itu, air juga perlu mencukupi.