Catatan

Penutup tahun 2014

Alhamdulillah tahun 2014 sudah tiba ke penghujungnya, dan tahun 2015 akan menjelma. Diantara tanaman yang berjaya di kebun tahun ini 1. Terung pendek hijau 2. Petola bantal 3. Cekur hitam 4. Daun kaduk 5. Limau purut 6. Timun 7. Selasih 8. Bayam hijau/ merah 9. Lobak putih 10. Terung sarawak 11. Pecah kaca 12. Daun belalai gajah 13. Daun sambung nyawa Tanaman yang tidak berjaya tahun ini 1. Zucchini tidak sesuai untuk tanah rendah 2. Kacang panjang perlu pasu yang lebih besar 3. Cili Pokok cili banyak yang terbantut tumbesaran 4. Putat merah Tanaman dikampung kerap diganggu makhluk perosak 5. Labu Pokok mati akibat banjir 6. Peria Pokok mati dimakan siput 7. Daun kari Pokok hidup segan mati tak mahu Harapan tahun depan 1. Tomato ceri 2. Pokok tin 3. Pokok lemak ketam 4. Kacang buncis 5. Petola segi Kenangan manis tahun ini Terlibat didalam Makefaire Penang Jangan lupa untuk terus berdoa dan membantu saudara kita di pantai timur yang terjej...

doa untuk mangsa banjir di pantai timur

Imej
InsyaAllah sama sama kita berdoa untuk mangsa banjir di Pantai Timur. Semoga keadaan cepat reda insyaAllah. Bantuan boleh disampaikan melalui fb: https://www.facebook.com/pages/Khidmat-Masyarakat-IKRAM-i-Bantu/608796332500301 Banjir juga pernah berlaku di kampung pada awal tahun 90an, sehingga terputus laluan jalan darat. Abang Tam terpaksa kayuh basikal ke Alor Setar dalam keadaan jalan digenangi air untuk membeli sedikit makanan. Akhirnya makanan pun habis dan terpaksa memasang jaring untuk mencari ikan untuk makanan. Pada masa itu, ikan kecil pun dijadikan makanan kerana sudah tidak ada lagi makanan dirumah.

tuaian hujung minggu 22 Disember 2014

Imej
Alhamdulillah selasih, kaduk, pucuk cekur hitam, terung dan juga petola dapat dituai dari kebun perumahan. Masa masih lagi terhad untuk merasa hasil tuaian. InsyaAllah cuti semester ini akan digunakan sebaik mungkin untuk menanam dan mengurus kebun perumahan dan kebun di kampung.

balik kampung 21 Disember 2014

Alhamdulillah dapat balik ke kampung minggu ini. Minggu peperiksaan sudah tamat. Jadi ada sedikit masa untuk aktiviti aktiviti sebelum semester bermula kembali. Diantara perkembangan: Ulam lemak ketam Kebetulan, di RTC Pekan Napoh ada jualan pokok pokok benih. Kali ini, jumlah kedai lebih banyak. Ada yang menjual pokok bunga hiasan seperti orkid dan ada juga penjual pokok pokok buah buahan. Ada penjual yang menjual pokok pokok benih ulaman seperti tenggek burung, putat dan ulam lemak ketam. Jadi. disebebkan ulam lemak ketam belum ada, dua pokok berharga RM 18 dibeli. Kebun di kampung Rupa rupanya, pokok terung dari varieti terung ungu masih lagi bertahan daripada kesan banjir. Manakala terung jenis sarawak dan belang hijau tidak bertahan. Kesan banjir juga menyebabkan pokok belimbing buluh yang berusia lebih setahun mati. Pokok pokok labu juga habis mati disebabkan air banjir. InsyaAllah "raised bed" akan dibuat di kebun kampung supaya dapat menahan kesan air ...

perkembangan kebun perumahan 19 Disember 2014

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan, dalam waktu waktu cuti untuk mengulangkaji subjek subjek peperiksaan. Zucchini Alhamdulillah zucchini sudah mula menunjukkan tanda tanda hendak mengeluarkan bunga betina. Sudah banyak bunga jantan yang keluar. Saiz pokok tidaklah sebesar pokok yang tumbuh di negara beriklim sejuk. Petola bantal Petola bantal dibelakang rumah sedia untuk dituai. Petola yang dituai sebelum ini sudah tidak elok untuk dimakan apabila disimpan lama didalam peti sejuk. InsyaAllah akan dijadikan kompos. Masih adal lagi yang baru membesar di atas tiang telefon. Kadar tumbesaran buah sangat cepat dan pokok sudah berusia hampir satu tahun. Ulam ulaman Selasih thai berkembang dan daun semakin besar apabila banyak hujan yang turun beberapa hari ini. Semaian baru Semaian stok benih bendi lama dibuat. Harap harap masih lagi dapat tumbuh. Begitu juga dengan semaian stok benih lama selasih thai. Kadar percambahan cuma 60 peratus bagi selasih thai m...

perancangan mengubah suai laman perumahan hadapan untuk optima hasil kebun perumahan

Alhamdulillah, dapat melihat latihan bagaimana konsep penanaman untuk memaksimakan hasil dikawasan yang terhad. Diantara caranya ialah dengan menggunakan konsep "raised bed". Konsep ini boleh menggunakan batu bata untuk mengepung satu kawasan tanah untuk dijadikan kawasan penanaman. Kelebihan cara ini ialah, tanah lebih banyak menyimpan air dan harga untuk memulakan teknik ini lebih murah berbanding membeli pasu panjang. InsyaAllah akan mencuba teknik ini tidak lama lagi. Dengan teknik ini, lama juga akan nampak lebih kemas dan cantik di pandang. Konsep yang sama akan diaplikasi untuk kebun di kampung.

lebah tukang dan petola bantal

Imej
Alhamdulillah petola bantal banyak mengeluarkan hasil. Cuma tidak sempat untuk dituai dan ada yang menjadi kering di tangkai. Petola bantal akan cuba memanjat setinggi mungkin. Apabila dirasakan tempat tinggi sudah dicapai, pokok petola akan mengeluarkan bunga jantan diikuti dengan bunga betina. Dikawasan perumahan, agen utama pendebungaan bunga petola bantal ialah lebah tukang. Sebelum ini, berdasarkan pemerhatian pokok petola yang ditanam di belakang rumah. Lebah tukang hanya datang pada waktu tengah hari. Namun, rupa rupanya lebah tukang memulakan operasi pendebungaan sejak awal pagi. Sebelum ke tempat kerja awal pagi, akan kelihat lebah tukang datang melawat bunga bunga petola bantal yang sedang berkembang.