Catatan

perkembangan kebun perumahan 27 Mei 2015

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan lagi pada minggu ini. Hanya sekadar 30 minit diluangkan untuk mengurus kebun perumahan. Masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Cukuplah dengan menguruskan secara sedikit demi sedikit. Diantara perkara yang dapat diselesaikan pagi ini Pangkas petola bantal Pokok petola bantal dipangkas sedikit kerana sudah semakin tua dan berserabut. Kesian juga melihat lebah lebah tukang yang datang mencari bunga petola bantal, namun pokok petola bantal sudah tiada bunga lagi pada masa ini. Pangkas pokok mulberi Pokok mulberi dipangkas untuk menggalakkan penghasilan pucuk baru. Disamping itu, permukaan pasu disungkup dengan daun petola bantal untuk mengurangkan penyejatan dan menjadikan tanah lebih lembap. Semai timun Dua vareiti timun yang dibeli online akan dicuba. Vareiti ini dari negara beriklim sederhana. Harap harap akan berjaya dicambahkan. Tambah kompos pada pokok terung Pokok terung dan cili ditambah dengan kompos yang masih ban...

kepuasan masak sendiri di rumah

Alhamdulillah, setakat ini dapat konsisten masak dirumah. Lebih jimat dan yakin dengan kebersihan dan kualiti makanan. Disamping itu rasa lebih selesa bersembang dan makan. Dengan masak di rumah, kos makan dapat dikurangkan sehingga separuh Diantara tips yang boleh dikongsi kali ini. Masak yang mudah Masaklah sesuatu yang mudah disiapkan. Tempoh memasak tidak seharusnya lama. Cukup sekadar 30-45 minit. Makanan yang bergoreng memerlukan masa yang agak lama untuk disiapkan dan menggunakan banyak minyak yang akan dibuang sahaja nanti. Jadi boleh cuba alternatif masakan stim dan masakan kuah. Masak yang ringkas Cukuplah masakan yang ringkas dengan menggunakan apa yang ada dirumah. Jangan bazirkan makanan semalam yang masih elok. Panaskan makanan dengan baik untuk mengelakkan makanan basi. Sediakan awal bahan bahan Sambal dapat disediakan awal untuk mengurangkan masa penyediaan bahan bahan yang sering digunakan. Pada peringkat awal, mungkin akan berlaku pembaziran seperti terlebih masak na...

perkembangan kebun perumahan 25 Mei 2015

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan sedikit dengan masa yang ada. Hujung minggu ini agak suntuk masa kerana banyak digunakan untuk berjalan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Banyak masa dihabiskan didalam kereta dan kurang waktu rehat. Pada hari ahad, dapatlah menggunakan sedikit masa yang terluang untuk beberapa aktiviti. Bersih laman rumah Pokok petola bantal yang semakin tidak sihat dan terung hijau yang sudah mati dipangkas. InsyaAllah pasu terung hijau akan direhatkan sebelum ditanam semula. Penyediaan pasu untuk semaikan baru Pasu pasu yang tidak digunakan akan diisi dengan tanah untuk memulakan semaian baru tanaman seperti lobak merah, kacang panjang dan timun. Perkembangan terung Pokok terung panjang dan terung bulat kini semakin membesar. Aktiviti menyiram dan pembajaan harus dijaga untuk memastikan pokok menghasilkan buah dengan baik. Memancing sedikit masa diluangkan untuk memancing di kawasan tali air berdekatan perumahan. Namun tidak ada...

benih benih baru untuk dicuba

Alhamdulillah pesanan benih benih baru dari pembekal benih online sudah diterima. InsyAllah akan cuba mencambahkan benih untuk melihat peratus percambahan. Antara benih baru yang hendak dicuba ialah petola ular, kacang panjang ular dan benih tomato king kong. Benih salad juga akan cuba untuk dicambahkan kerana setakat ini tidak pernah bercambah setelah berkali kali percubaan.

perkembangan kebun perumahan 22 Mei 2015

Imej
Alhamdulillah, hari ini dapat menjenguk kebun perumahan sebelum pergi kerja. Selalunya masa lewat malam dan awal pagi digunakan untuk menguruskan kebun perumahan. Banyak lagi perkara yang perlu dibuat seperti menggantikan bumbung lutsinar yang sudah pecah. Cuaca beberapa hari ini tidak menentu dengan beberapa hari sangat panas terik. Keadaan ini menyebabkan pokok yang disiram cepat layu. Jadi, kebun perumahan sentiasa perlukan perhatian terutama aktiviti menyiram. Diantara perkembangan terbaru.  Tuaian cabai solok Alhamdulillah tuaian cabai solok dari pokok baru. Bagaimanapun, apabila diamati terdapat ulat didalam cili solok. Tanaman diperumaha dibiarkan bebas dari penggunaan racun perosak sejak beberapa tahun. Kadang kadang terfikir berapa banyak racun perosak yang digunakan bagi mendapatkan buah cili yang cantik dan berkilat pada ladang ladang komersial. Buah tin Buah pokok tin semakin membesar dan menarik perhatian semut semut. Harap harap akan dapa...

projek tanaman dalam bekas minuman

InsyaAllah akan cuba merealisasikan impian projek tanaman dalam bekas minuman. Usaha ini sebagai satu eksperimen. Keadaan persekitaran di tempat tinggal sangat sesuai untuk penananam sayuran jenih daun seperti sawi dan salad. Kemungkinan akan digantung pada besi tingkap. Air basuhan beras akan dijadikan sebagai bahan utama. Kompos dari sisa sayuran akan cuba dibuat. Cacing akan cuba dimasukkan bersama untuk mempercepatkan proses penguraian sisa sayuran. Selain itu, beberapa ekor ikan keli lagi juga akan cuba dibela. Sisa dari perut ikan dan lebihan makanan akan dijadikan sebagai makanan disamping dedak ikan.

balik kampung 16 Jun 2015

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung minggu ini. Minggu ini dapat singgah di rumah Tuk Timah sebelum balik ke rumah emak. Diantara perkara yang dibuat pada minggu ini ialah menebas kampung dan memancing. Masa berjalan dengan pantas minggu demi minggu. Harap harap akan ada lebih banyak masa untuk mengurus kampung. Namun, buat masa ini, ruang masa yang terhad akan cuba digunakan sebaiknya untuk menjenguk mak dan ayah dikampung disamping melakukan aktiviti aktiviti yang lain. Menebas kampung Kawasan belakang rumah agak semak kerana terdapat pokok mempelam yang tumbang. Jadi dahan dan ranting pokok mempelam yang tumbang di potong dan dikumpulkan untuk dibakar. Dibelakang kampung juga, terdapat aktiviti mengorek dan membuat terusan sungai yang sedang giat beroperasi. Jiran dibelakang rumah sudahpun berbindah. Lori lori tanah berkerja pagi sehingga lewat petang mengangkut tanah tanah bendang untuk dijadikan terusan. Ziarah tuk timah Alhamdulillah ziarah rumah tuk timah kali ini pulang d...