Catatan

perkembangan kebun perumahan 29 Februari 2016

Alhamdulillah semaian bayam dan kangkung sudah bercambah. Nampaknya benih salad sudah tidak bernas. InsyaAllah semain bayam akan disiram dengan air basuhan beras dan juga air basuhan ikan. Harap harap dapat membuat tuaian pertama didalam masa beberapa minggu lagi. Perancangan lain pada masa terdekat Satu bekas polisterin akan dijadikan sebagai bekas kompos untuk membela cacing bagi tujuan pengeluaran kompos. Manakala satu lagi bekas polisterin akan dijadikan sebagai kolam untuk membela ikan keli. InsyaAllah dengan cara ini, satu sistem yang hampir lengkap dapat disediakan bagi mengeluarkan tanaman dan makanan untuk kegunaan sendiri secara kecil kecilan.

perkembangan projek tanaman dalam polisterin

Projek penaman didalam bekas polisterin masih belum berjaya. Nampaknya perlu ditukarkan kepada tanaman lain selain benih salad. Mungkin benih salad sudah tidak bernas lagi. InsyaAllah akan cuba benih bayam dan kangkung pula. Harap harap akan berjaya kali ini.

memancing ikan sembilang

Imej
Alhamdulillah dapat belajar teknik memancing ikan sembilang pada minggu ini. Bermula dari cara mencari cacing laut sehingga cara memancing ikan sembilang. Cacing laut menjadi umpan yang sesuai untuk memancing ikan sembilang kerana mudah didapati dikawasan tepian pantai yang berpasir. Isi ikan atau bahan yang mempunyai bau yang kuat digunakan untuk mencari umpan ini. Cacing laut perlu ditangkap dengan cepat. Latihan diperlukan untuk menangkap cacing laut dengan cekap. Jika tidak, agak susah dan memenatkan proses mencari cacing laut. Waktu yang sesuai untuk memancing ikan sembilang ialah sewaktu air mulai pasang. Pada ketika ini, ikan sembilang akan datang ke tepian pantai untuk mencari makanan. Teknik menggunakan pelampung boleh digunakan. Ternyata teknik ini berkesan apabila lubuk ikan sembilang berjaya dikesan. Aktiviti memancing sembilang boleh diadakan pada waktu malam. Aktiviti memancing pada waktu malam sesuai untuk dijadikan aktiviti santai seisi keluarga. InsyaAllah ...

nasib ikan haruan yang dipancing, 24 Februari 2016

Ikan haruan yang dipancing baru baru ini dirancang untuk dibawa balik ke kampung. Saiz yang berjaya dipancing baru baru ini sesuai untuk dibuat ikan bakar. Namun, rezeki tidak menyebelahi kali ini kerana ikan berjaya melompat keluar daripada tempat kurungan. Ikan akhirnya mati di kawasan hadapan rumah. Apabila diamati, ikan masih boleh dijadikan ikan kering. Jadi, ikan disiang, dibelah belakang dan digaramkan. Ikan akan dijemur sehingga kering. Walaupun harga ikan haruang kering sangat baik. Ikan haruan segar lebih digemari. Antara menu nostalgia ialah ikan haruan bakar. Samaada dibelah belakang dan diisi dengan ramuan rempah ataupun dibakar bersama garam dan serbuk kunyit. InsyaAllah akan cuba memancing lagi ikan haruan. Ikan yang mendapat tempat sebagai hobi disamping berkebun.

perkembangan projek sayur dalam bekas polisterin 23 Februari 2016

Sayur salad yang diidam idamkan nampaknya masih belum bercambah. Kemungkinan tanah terlalu kering bila tanah diperiksa menggunakan jari. Sebelum mencuba benih baru, tanah dijirus sekali lagi dan bahagian atas ditutup dengan plastik untuk memastikan kelembapan tanah tidak cepat hilang. InsyaAllah akan biarkan sehari dua lagi. Jika masih tidak berjaya, akan cuba benih kangkung dan bayam pula.

perkembangan kebun perumahan 21 Februari, tuaian petola bantal, cabai solok, pancing haruan

Imej
Alhamdulillah, pada hujung minggu ini jadual sangat padat. Terpaksa berjaga awal pagi untuk menyiapkan tugasan. Ternyata satu pengalaman yang bermakna untuk bangun awal dan melihat keadaan awal pagi sebelum subuh. Petola bantal Petola bantal setelah lebih kurang seminggu dapat dituai. Belum pasti dapat dimakan sehinga dikupas nanti. Jika terlalu berserat, mungkin akan dijadikan sebagai kompos. Pokok tin green jordan Pokok tin green jordan telah menjadi layu kerana pokok tidak sempat disiram ketika cuaca panas terik selama tiga hari. Putik putik buah banyak yang gugur. Nampaknya, pokok perlu diubah kekawasan yang lebih teduh Tut pokok tin Alhamdulillah sudah selesai mengetut dan memindahkan pokok yang ditut ke dalam pasu. InsyaAllah selepas sebulan bolehlah dipindahkan pokok ke tempat yang lebih sesuai. Memancing Alhamdulillah ada rezeki memancing pada minggu ini. Ikan haruan dan keli menjadi habuan. InsyaAllah akan dijadikan hidangan tengah hari dan dibuat ikan ke...

perkembangan kebun dalam bekas polisterin

Alhamdulillah projek kebun dalam bekas polisterin sudah berjaya dimulakan. Saiz bekas polisterin yang digunakan ialah satu kaki lebar dan dua kaki panjang. Benih salad dipilih sebagai tanaman permulaan. Satu pek tanah hitam dan satu pek tanah top soil digunakan. Ini kerana tanaman salad tidak memerlukan medium penanaman yang dalam. Lorong lorong dibentuk menggunakan jari untuk ditabur dengna benih salad. Satu pek benih salad boleh digunakan sebanyak dua kali Air paip digunakan untuk menyiram buat kali ini. Adalah lebih baik air yang ditakung atau air daripada kolam ikan digunakan. InsyaAllah akan tambah satu akuarium tambahan dalam projek akan datang. InsyAllah akan cari lagi bekas polisterin terbuang untuk dijadikan bekas penanaman kerana ada lagi benih kangkung dan benih bayam untuk dicuba. Satu bekas polisterin pula akan digunakan untuk mewujudkan satu bekas kompos mini. InsyaAllah akan cari cacing untuk membantu mengurai sisa kompos. Gambar akan diletakkan kemudian.