Catatan

mengurangkan belanja dapur dengan mengelakkan pembaziran

Diantara cara mengurangkan belanja dapur ialah dengan mengurangkan pembaziran. Diantara sumber pembaziran ialah makanan yang disimpan didalam peti ais. Selepas beberapa hari makanan dibiarkan akhirnya rosak begitu sahaja didalam peti ais. Seeloknya baki makanan dihabiskan sebelum memasak makanan baru. Semasa menghidangkan makanan yang baru dimasak. Pastikan makanan yang ada didalam peti sejuk dikeluarkan dan dipanaskan untuk dimakan bersama makanan yang baru dimasak. Kadang kadang selepas habis kerja, kebiasaanya akan singgah di kedai makan sebelum balik rumah. Ini menyebabkan makanan dirumah tidak dijamah dan ditinggalkan begitu sahaja. Jika boleh, ambil snek ringkas untuk mengurangkan keinginan untuk makan dan balik ke rumah untuk menghabiskan makanan yang ada di rumah. Dengan berjuta juta penduduk dunia yang kelaparan setiap hari. Diharap kita dapat mengurangkan pembaziran dan berbelanja kepada kearah kebajikan seperti menaja pakej korban di tempat yang memerlukan.

projek mini aquaponic bulan Ogos 2016

InsyaAllah pada bulan depan akan memulakan projek mini aquaponik. Projek berskala kecil untuk disesuaikan dengan rumah di kawasan flat ataupun kawasan penanaman yang terhad. Tujuan projek ialah untuk mengurangkan pembaziran makanan dan mengelakkan sisa dapur dibuang begitu sahaja. Ikan kaloi dan ikan keli akan dibela. Ikan kaloi akan dibeli daripada kedai akuarium. Kemungkinan ikan keli akan dipancing dikawasan sungai untuk mendapatkan stok. Sistem mengepam air menggunakan tenaga solar akan dicuba. Sayur sayuran seperti kangkung dan bayam akan cuba ditanam. Kangkung sangat sesuai untuk pertumbuhan dikawasan yang berkelempan tinggi. Bayam pula mudah tumbuh. InsyaAllah akan juga cuba membela beberapa ekor burung puyuh untuk mendapatkan telur dan daging.

perkembangan kebun perumahan 27 Julai 2016

Imej
Sistem pengairan Alhamdulillah, sistem pengairan yang dibeli awal bulan ini akhirnya sudah hampir selesai dipasang. Kerja kerja akhir penyambungan sistem pengairan akan dilakukan hujung minggu ini. InsyaAllah kerja kerja menyiram pokok akan menjadi lebih mudah dan tidak perlu risau keadaan cuaca yang panas. Sudah menerima tempahan dari jiran untuk mendapatkan set pengairan yang sama. Semaian benih baru InsyaAllah akan cuba menyemai beberapa jenis benih lagi untuk kegunaan sendiri. Banyak lagi benih sayur yang akan cuba disemai untuk beberapa projek kebun perumahan. Antara cadangan semaian ialah kailan, timun, basil, labu, kekacang, jagung dan terung.

perkembangan tanaman padi

Imej
Alhamdulillah, musim penanaman padi sudah masuk ke bulan akhir penanaman. Padi sudah besar dan akan mulai bunting dan berbunga. Buat masa ini, paras air didalam bendang perlu dijaga. Batas bendang perlu dipastikan tidak bocor dan pintu air dipastikan tertutup jika tidak digunakan pesawah lain. Ayah sudah banyak mengupah kerja kerja mengurus bendang seperti menabur baja dan meracun bendang. InsyaAllah jika ada masa lagi, akan cuba memotong rumput di batas bendang supaya senang melihat batas bendang yang bocor. Buat masa ini, batas bendang diracun supaya rumput lambat tumpuh.

tuaian buah tin green jordan

Imej
Alhamdulillah dua buah tin green jordan berjaya dituai kali ini dari kebun perumahan. Buah tin sudah masak di pokok dan dipetik sebelum buah luruh. Ada sebiji lagi buah yang gugur ke tanah tanpa sempat dituai dan rosak. Rasa buah sedikit manis. InsyaAllah akan cuba mengetut lagi vareiti ini kerana cepat dan rajin berbuah.

eksperimentasi serbuk kopi sebagai baja dan medium cendawan

Alhamdulillah dapat bawa balik sedikit serbuk kopi terpakai dari tempat kerja. Serbuk kopi terpakai dipesan dari mak cik yang membersihkan mesin pembuat kopi di pejabat. InsyaAllah akan cuba dijadikan sebagai baja. Kemungkinan akan juga cuba dijadikan sebagai medium untuk penanaman cendawan. Harap harap eksperimen akan berjaya. Gambar akan diletakkan kemudian

balik kampung 17 Julai 2016

Imej
Alhamdulillah dapat balik sekali lagi ke kampung. Kali ini sempat singgah di rumah mentua, Tuk Timah sebelum balik ke kampung. Kuih cek mek molek Alhamdulillah dapat merasa kuih cek mek molek yang dibuat oleh Tuk Timah. Sedap dimakan panas panas bersama air kopi. Kebiasaanya kuih cek mek molek menggunakan ubi keledek. Ubi kayu juga boleh digunakan sebagai alternatif. Terung Pokok terung yang disemai di kebun perumahan dibawa balik ke kebun kampung. Hanya dua anak benih pokok terung yang tinggal. InsyaAllah akan menyemai lagi anak benih pokok terung. Timun jepun Timun jepun yang ditanam sudah sedia dituai. Nampaknya agak terlewat menuai timun kerana buah timun sudah sangat besar. Kali ini tiga buah timun jepun berjaya dituai. InsyaAllah timun akan dapat dituai beberapa kali lagi. Kulat sisir Kulat sisir yang tumbuh di batang kayu mempelam dikutip. Harap harap dapat merasa masakan menggunakan kulat sisir bila balik dari kampung. Bersih kebun kelapa Kebun kel...