Catatan

perkembangan kebun perumahan 25 Jan 2017

Imej
Alhamdulillah beberapa projek kebun perumahan sedang berjalan Akuaponic InsyaAllah akan membeli satu akuarium untuk menyimpan ikan di kebun perumahan. Kangkung Benih kangkung yang bercambah tidak begitu membesar dengan baik. Kemungkinan kurang nutrien didalam tanah. Tanah didalam bekas polisterin didapati cepat kering. InsyaAllah akan cuba tambah lapisan tanah baru dan tambah baja yang bersesuaian. Ketumbar jawa Benih ketumbar jawa yang dibeli dari pasar akan cuba disemai. Sekurang kurangnya akan ada bekalan herba segar dari kebun perumahan. Cambahan benih lama Alhamdulillah benih sawi hongkong yang sudah hampir 3 tahun masih lagi bercambah. Benih disemai begitu sahaja didalam bekas polisterin cabai. Pada hujung minggu lepas, hujan lebat turun dikawasan perumahan. Didapati benih benih mulai bercambah. Harap harap benih akan berjaya membesar. Dahan pokok belinjau Kebetulan terlibat dengan aktiviti gotong royong. Terdapat pokok belinjau yang sangat besar telah tumba...

balik kampung 14 Januari 2017

Alhamdulillah dapat balik kampung pada 14 Januari 2017. Cuaca tidak mementu kebelakangan ini. Seminggu sebelum balik ke kampung, hujan lebat terjadi dan banjir melanda kawasan kampung. Pada minggu ini pula, cuaca kering dan hampir seminggu tidak hujan. Padi Padi sudah mula dituai dikawasan sekitar gunung keriang. Bendang ayah masih belum dituai. Mungkin seminggu lagi sudah sesuai untuk dituai. Suasana bendang pada ketika ini sangat cantik sebelum padi dituai. Benih benih terung Benih benih yang ditanam banyak yang mati ketika banjir melanda. Malah benih terung yang dibeli dari pasar malam juga habis luruh daun akibat terendam didalam air banjir. Harap harap tunas baru akan keluar. Nampaknya bulan ini perlu menyemai lebih banyak benih. Petola bantal Alhamdulillah dapat menuai terung bantal buat kali pertama tahun ini. Buahnya sudah berserat, namun masih boleh digunakan. Buah jambu air Buah jambu air sudah mula berbuah dengan lebat. Sedap dimakan sahaja ataupun dicicah dengan garam belac...

resepi kek pisang awak dari kebun kampung

Alhamdulillah pisang awak yang dibawa balik dari kampung sudah masak ranum. Mak akan membekalkan kepada anak anak nya sedikit pisang untuk diperam dan dibawa balik. Kebiasaanya pisang yang dibawa balik diberi kepada jiran dan juga staff tempat kerja. Namun kali ini pisang disimpan untuk dimakan dirumah. Pisang awak biasanya dijadikan sebagai goreng pisang. Kadang kadang jika ada masa dibuat menjadi kek pisang, pengat pisang, pisang rebus ataupun serawa pisang. Kali ini pisang yang masak ranum dijadikan kek pisang. Bahan bahan tambahan seperti roti dan juga bijirin sarapan ditambah dalam adunan kek pisang kali ini sebagai satu usaha menghabiskan makanan yang ada di rumah. Sayang jika dibiarkan rosak begitu sahaja. Tekstur kek pisang juga lebih menarik dengan kehadiran bijirin didalam kek pisang. Oven elektrik digunakan untuk membakar kek pisang pada suhu 200 darjah celcius. Kulit pisang tidak dibuang begitu sahaja. Sebaliknya, kulit pisang dijemur di dalam bekas dikawasan ampaian unt...

perkembangan kebun perumahan, semaian kangkung 11 Januari 2016

Alhamdulillah kangkung yang ditanam menghasilkan bunga dan biji benih. Pokok masih bertahan walaupun sudah hampir enam bulan ditanam. Biji benih yang terhasil dibiarkan masak dan mengering. Kemudian biji benih disemai semula kedalam petak semaian untuk  menghasilkan kangkung baru. Dari pemerhatian, kangkung tidak dimakan oleh perosak seperti lintah bulan. Jadi, penjagaan kangkung lebih mudah tanpa perlu risau serangan perosak. Tanah perlu dibiarkan lembap untuk merancakkkan lagi pertumbuhan benih kangkung. Kompos boleh ditambah bagi membantu mengekalkan kelembapan tanah. Harap harap dapat menuai kangkung pada bulan hadapan.

serangan perosak pada pokok tin, 10 Jan 2016

Perosak dari kumbang menyebabkan pokok tin di kebun perumahan menjadi layu dan mati. Perosak kumbang bertelur pada batang pokok dan larva kumbang memakan bahangian tengah pokok tin. Buat masa ini, larva larva dikumpulkan dan dihapuskan. Mungkin perlu tingkatkan kebersihan kebun perumahan bagi mengelak serangan berulang.

ladang pucuk putat

Imej
Alhamdulillah hujung minggu lepas ada sedikit masa yang dapat diluangkan untuk berjalan jalan. Kali ini tempat yang dilawati ialah hutan pembelajaran di Air Hitam, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Tempat ini bersebelahan dengan sungai dan dijaga oleh jabatan perhutanan. Terdapat pokok yang sesuai untuk tanah yang bergenang seperti pokok nipah dan juga putat. Terdapat usaha menanam pokok putat secara komerial untuk mendapatkan ulaman pucuk putat. Pokok putat ditanam didalam kelompok kelompok perdu yang dipangkas pada paras dada. Pengunjung boleh melihat fasa fasa penuaian pucuk putat. Ada pokok yang baru dipangkas dan apa juga yang sudah merimbun kembali menjadi hutan. Terdapat banyak khasiat pucuk putat. Pucuk putat sedap dimakan bersama nasi ataupun dipotong nipis dan dimakan bersama laksa. Disamping itu, terdapat tarikan seperti titi gantung yang wajib dicuba. Terfikir juga kalau dapat buat konsep yang sama di kampung.

tuaian dari kampung, awal januari 2017

Imej
Alhamdulillah sedikit hasil dari kebun kampung. Ada yang dibawa balik ke Pulau Pinang. Diantaranya ciku, pisang dan juga telur itik. Tuaian kacang bendi dan terung telunjuk dari pokok. Puas hati walaupun sedikit kerana hasil usaha sendiri. Ulam putat diambil dari bahagian belakang kebun. Terdapat juga pisang yang mulai masak di belakang kebun. Harap harap masih bertahan dan tidak dicuri orang. Mak cerita bagaimana tok nyang Kama dulu dulu suka buat cucur buah ciku. Tak pernah cuba lagi merasa cucur buah ciku. Buah ciku yang masak dipotong dan dicelup tepung sebelum goreng. InsyaAllah kalau ada masa boleh cuba. Terdapat juga petola bantal yang berbuah. Namun, sudah terlambat untuk dituai kerana buah sudah berserat. InsyaAllah akan tunggu hasil yang seterusnya.