jalan jalan pantai timur bahagian pertama
Alhamdulillah bulan April sempat berkunjung ke negeri negeri di pantai timur semenanjung Malaysia. Ini adalah pengalaman pertama kali saya ke negeri Terengganu. Paling jauh, saya pernah sampai ke Kota Bharu kira kira sepuluh tahun yang lalu ketika menemani rakan yang baru berkahwin bertemu dengan isterinya. Perjalanan sudah dirancang sejak awal tahun kerana ada aktiviti di Marang pada bulan April. Bilik penginapan sudah ditempah sejak awal dan bayaran deposit sudah dibayar. Pada awal perancangan, kami ingin singgah di kampung halaman sebelah mak mertua di Kelantan. Namun, mak mertua tidak jadi ikut disebabkan oleh masalah kesihatan. Jadi kami rancang untuk pergi terus ke Marang tanpa singgah dimana mana tempat di Kelantan. Menjelang beberapa minggu sebelum perjalanan ke Marang. Rakan saya memaklumkan dia juga akan bertolak ke Marang menggunakan kereta. Jadi perjalanan kali ini akan diadakan secara berkonvoi. Kerisauan untuk memandu kereta ke Kelantan sedikit berkurangan kerana kereta...