Catatan

serangan belalang kecil

Imej
Musim hujan juga rupa rupanya menjadi musim membiak belalang di kawasan kebun perumahan yang kecil ini. Nampaknya belalang kunyit menjadikan kawasan kebun perumahan sebagai tempat membiak. Kesan daun rosak didapati pada tanaman bayam. Anak anak belalang bersembunyi dibahagian bawah daun. Rasanya ada serangga yang menjadikan anak anak belalang sebagai mangsa kerana kesan kemusnahan tidak merebak. Selain itu, boleh juga dikutip secara manual untuk mengurangkan kesan kemusnahan.

perkembangan kebun perumahan 29 April 2014

Alhamdulillah beberapa perkembangan kebun dalam kesibukan tugas. Terung erdine benih terung yang di semai sudah bercambah dan sedia untuk di pindah ke bekas penanaman. InsyaAllah akan cuba dibesarkan secepat mungkin. Kompos cacing Pasu kedua yang menjadi tempat kompos cacing nampaknya sudah nampak serasi. Cacing sudah mula memakan sisa makanan. Kelembapan harus diperiksa dari masa ke semasa. Ikan keli Seekor ikan keli dalam kolam mati. Sebab kematian tidak dapat dipastikan. Saiz ikan agak besar. Timun Timun white wonder belakang rumah berjaya dituai sebanyak dua biji. Mungkin bulan depan pokok akan diganti kerana sudah tua. Timun jepun juga berjaya dituai hari ini. Timun biasa pula sedang membesar dan memerlukan air yang banyak. Gambar akan diletakkan kemudian

balik kampung 27 April 2014

Alhamdulillah sempat balik ke kampung ahad lepas. Cuma tidak sempat menjenguk kebun kerana apabila sampai ke rumah, azan maghrib sudah berkumandang. Ayam ayam kampung pun sudah memanjat pelantar untuk bermalam. Hasil pemerhatian mendapati anak pokok terung telunjuk sudah mati kekeringan. InsyaAllah akan menggantikan dengan terung yang baru. Selain itu, ikan haruan yang dipancing minggu lepas masih lagi hidup. InsyaAllah minggu depan akan dijadikan hidangan jika ada rezeki. Dalam perjalanan balik ke kampung minggu ini,  berkesempatan melalui jalan sebelah jitra melalui pekan air hitam dan juga jalan kampung Alor Melintang. Nostalgia dulu dulu kayuh basikal kembara zaman budak budak di kawasan kampung mencari biji getah dan memancing ikan. Alhamdulillah mak dan ayah sihat dikampung menunggu anak anak yang pulang hujung minggu.

perkembangan timun jepun lagi, 25 Apr 2014

Imej
Alhamdulillah, timun jepun nampaknya produktif, buah membesar dengan cepat. Tidak memerlukan pendebungaan bantuan untuk memastikan buah betina lekat buah. Dimusim hujan ini, serangan kekabuh timun berkurangan berbanding semasa musim kering. Pembajaan kerap dan air dijaga.

perkembangan timun di kebun perumahan

Imej
Alhamdulillah timun yang ditanam beberapa bulan yang lalu sudah mula membuahkan hasil. Timun ditanam didalam polibeg. Varieti yang ditanam ialah timun jepun dan timun biasa. InsyaAllah akan melaporkan lagi perkembangan tanaman timun selepas ini. buah yang matang dalam masa seminggu lebih Antara pemerhatian kali ini 1. timun jepun lebih mudah lekat buah berbanding varieti white wonder 2. buah timun jepun lebat 3. air perlu dijaga supaya cukup 4. boleh ditanam didalam pasu yang besar dan disediakan para yang lebih baik 5. pembajaan biasa sahaja menggunakan baja organik dan kompos tahi arnab

balik kampung 19 April 2014

Imej
Alhamdulillah sempat balik kampung minggu ini Antara aktiviti yang dilakukan Semai pokok mulberi Pokok mulberi yang dibeli dahulu disemai ditepi jalan. Tempat ini dipilih kerana kawasannya menerima cahaya matahari yang terik. Disamping itu terdapat tanda tanda banyak cacing dikawasan tersebut. InsyaAllah pokok akan dipangkas apabila setinggi pinggang supaya sentiasa mengeluarkan hasil. Semai labu air Labu air dibawa balik untuk ditanam dibelakang reban ayam. Pokok akan diajar memanjat jaring pagar. Semoga pokok selamat daripada di patuk ayam. Pangkal pokok disungkup dengan sabut kelapa basah. Tanam pokok terung telunjuk Pokok terung telunjuk yang masih banyak didalam polibeg semaian dibawa balik ke kampung. Enam polibeg ditanam dibelakang rumah. Empat lagi dibawa ke hujung kampung. InsyaAllah kawasan hujung kampung akan dibangunkan dengan tanaman lagi. Tengok anak ayam Ibu ayam nampaknya terus produktif. Selepas satu gerombolan anak ayam lebih kurang sebulan y...

projek sayur kampung 2014

Alhamdulillah musim sekarang hujan sekarang sesuai untuk memulakan tanaman sayur di kampung. Antara tanaman dan sayuran yang akan dicuba 1. timun 2. terung varieti terung telunjuk, dan terung panjang 3. bendi 4. kacang kelisa 5. labu air 6. Kailan 7. Selasih 8. Tomato 9. Serai 10. kacang panjang InsyaAllah para untuk timun dan labu air serta varieti memanjat lain akan disediakan dikawasan belakang hujung kampung menggunakan pelepah kelapa.Varieti hibrid timun siam akan dicuba untuk ditanam. Jika biji benih menjadi akan boleh dikongsi dengan rakan rakan. Pemilihan tanaman yang serasi akan disemak semula supaya hasil dapat dioptimakan. Disamping itu, tanaman kailan juga harus dimulakan segera kerana stok sayur sudah berkurangan. InsyaAllah projek ini boleh membuahkan hasil sebelum ramadhan. Jika ada bajet lebih insyaAllah akan membeli beberapa ekor itik dan arnab untuk dibela dikampung.