Catatan

perancangan kebun perumahan bulan mac 2015

InsyaAllah bulan depan akan melakukan beberapa automasi pada kebun perumahan, Automasi utama ialah sistem pengairan tanaman. Ini kerana bulan hadapan kebanyakan pokok tomato akan mengeluarkan hasil dan berbuah. Jadi perlu untuk menyediakan keperluan air yang mencukupi. Dengan mengadakan automasi, masa menguruskan kebun perumahan akan dapat digunakan dengan lebih optimum. Selain itu, teknik penanaman didalam bekas plastik juga akan dicuba. Tanaman yang akan dicuba ialah sayur sayuran jenis daun seperti bayam.

tuaian kebun perumahan semasa cuti raya cina, 21 Februari 2015

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan sedikit sebelum raya cina. Kebun nampak lebih kemas. Pokok petola bantal dibelakang rumah sudah dibersihkan perbandaran. Buah buah masih tergantung di atas wayar tiang telefon. Tidak banyak pembersihan yang dapat dilakukan dibelakang rumah kerana kesibukan tugas. Rasanya lebih mudah mengurus kebun perumahan pada satu bahagian sahaja pada satu masa. InsyaAllah pasu besar dibelakang rumah akan dipindahkan ke bahagian hadapan rumah. Tuaian kali ini ialah bunga, buah beberapa jenis daun dan pucuk seperti bunga zucchini, buah tomato ceri, daun cekur hitam, daun limau dan pucuk petola. Buah tomato ceri rasa sangat berbeza dengan buah tomato ceri yang biasa dibeli di kedai. Rasanya lebih manis dan kurang masam. InsyaAllah lebih banyak buah tomato ceri yang akan terhasil kerana ada stok benih yang sedang membesar. Pucuk pucuk dan daun disimpan dahulu untuk dijadikan masakan. Rasa puas hati kerana semua tuaian tidak menggunakan racun a...

warna warna kebun perumahan, 18 Feb 2015

Imej
Alhamdulillah kebun perumahan agak menjadi buat masa ini dengan penyiraman konsisten walaupun cuaca panas pada masa sekarang. Tomato ceri tomato ceri mulai memunjukkan tanda tanda hendak masak. Buah mulai bertukar warna menjadi merah jambu. Mengikut gambar pada paket benih, buah tomato varieti hibrid ini berwarna merah jambu apabila masak. Pokok tomato ceri yang ditanam didalam bekas polisterin lebih besar dan belum berbunga. Putik putik pada sulur tepi di cabut. Putik ini tidak dibuang begitu sahaja, sebaliknya disemai kedalam bekas semaian baru. Terung Buah terung dibiarkan masak diatas pokok untuk dijadikan benih. Pokok terung akan diganti dengan pokok yang baru. Bayam, ulam raja dan selasih thai Bayam, ulam raja dan selasih thai hanya perlu ditanam sekali sahaja, selepas tanaman yang pertama, banyak anak benih yang akan terhasil sendiri. Jadi jimat kos untuk membeli benih tanaman. Gambar akan diletakkan kemudian

menyediakan kebun perumahan untuk cuti panjang

Kebun perumahan akan ditinggalkan selama beberapa hari sempena cuti raya cina. Jiran jiran masih ada disekeliling, cuma kerja menyiram elok dibuat sendiri. Disebabkan pasu pasu yang ringan dan boleh diubah, jadi tanaman akan diubah masuk ke dalam kawasan berpagar yang teduh. Bagi pasu yang besar dan berat, teknik sungkupan dengan plastik akan digunakan untuk mengurangkan kadar penyejatan air. Air akan disiram sebelum plastik disungkup. Dengan cara ini, dapat mengelakkan tanah menjadi kekeringan dan pokok mati. Ini penting terutamanya bagi pokok tomato ceri yang sedang membesar. Untuk cuti kali ini, benih benih tomato ceri, terung dan cabai solok akan dibawa balik ke kampung untuk tumbesaran. Teknik tanaman dalam tong sampah akan cuba dipraktikkan.

anak anak belalang dan pokok tin lagi

Imej
Nampaknya, anak anak belalang masih sukakan daun pokok tin. Buat masa ini dibiarkan sahaja daun daun pokok tin diratah belalang. Nampaknya, belalang ini hanya menyukai satu vareiti pokok tin. Vareiti lain tidak disentuh. Pokok pokok tin masih lagi belum berbuah walaupun semasa dibeli nampak seperti sudah sedia untuk berbuah. Ada yang menyatakan pokok tin tengah mabuk daun. Jadi, buat masa ini dibiarkan dahulu pembentukan daun. InsyaAllah jika ada masa terluang akan cuba mengetut pokok tin yang semakin tinggi.

status cambahan biji benih cili beli online

Alhamdulillah minggu ini dapat mengurus sedikit kebun perumahan. Biji benih yang dibeli dari online nampaknya tidak bercambah langsung. Biji benih direndam didalam air semalaman sebelum disemai dalam tisu lembap. Setelah hampir 5 hari, masih belum ada tanda percambahan. Malah biji benih menjadi busuk. Benih disemai selepas seminggu diterima. Benih kacang buncis yang dibeli sebelum ini juga dicuba untuk disemai. Nampaknya, hasil tetap sama dimana biji benih tidak bercambah dan menjadi busuk. Biji benih yang dibeli dari negara jiran tidak mengalami masalah ini. Boleh dikatakan cambahan benih dari negara jiran mencapai peratusan hampir 90 peratus.

percubaan menanam didalam tong sampah

InsyaAllah akan membeli beberapa tong plastik seperti tong sampah untuk memulakan projek penanaman di kebun perumahan dan kebun kampung. Dengan cara ini, lebih jimat masa untuk menanam dan tanaman akan selamat daripada banjir apabila musim hujan tiba kelak. Kerja kerja menyiram juga dapat dipermudahkan dan boleh dilaksanakan secara automasi kelak. Diantara perkara yang perlu difikirkan ialah dari segi kos dan penjagaan. Beberapa rekaan akan dicuba untuk memastikan projek ini berjalan lancar. Beberapa tong sampah yang tidak digunakan akan dijadikan tempat percubaan. Ketinggian tong sampah memudahkan kerja mengurus tanaman kerana tidak perlu membongkok.