Catatan

balik kampung 26 Mac 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada hujung minggu lepas. Kebetulan cuti sekolah, jadi anak anak saudara ramai yang balik ke kampung. Sekam padi Alhamdulillah tugasan memindahkan sekam padi ke perdu pokok pisang akhirnya berjaya diselesaikan dengan tenaga kerja bang tam yang balik dari Kuala Lumpur. Bang Tam memulakan kerja kerja mengangkut sekam padi dahulu pada hari sabtu. Kemudian kerja disiapkan sepenuhnya pada hari ahad. Hampir tiga jam diperlukan untuk memindahkan sekam padi terakhir ke perlu pokok pisang. Cuaca agak panas, jadi banyak perlu minum air dan berehat untuk menyiapkan kerja ini. Terung dan bendi Pokok terung semakin membesar dan sudah mula menunjukkan tanda tanda akan berbunga. Terdapat pelbagai fasa pokok terung didalam batas tanaman. Ada yang masih lagi kecil dan ada yang sudah sedia berbunya. Pokok pokok terung adalah lasak dan dapat meneruskan proses pembesaran bila keadaan sudah sesuai. Benih bendi yang disemai secara tabur kering kedalam lubang semaia...

balik kampung 19 Mar 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Cuaca panas di siang hari, namun hujan mulai turun pada waktu malam. Musim angin timur nampaknya sudah sampai ke penghujungnya. Bendang yang sejak sebulan lebih kering dan merekah mulai digenangi air. Kelembapan air yang tinggi dan suhu waktu siang yang tinggi menjadikan waktu rehat pada waktu siang kurang selesa. Sekam padi Setiap kali musim penuaian padi, banyak sekam padi yang terhasil. Ayah telah membeli tiga lori sekam padi yang dilonggokkan kedalam kebun pisang. Jadi, tugasan rutin untuk beberapa minggu ini ialah untuk mengangkut sekam padi dan dipindahkan ke perdu pokok pisang sebagai baja. Pisang Pada musim kering ini, banyak pisang yang berbuah, namun ada banyak yang patah kerana kekurangan air apabila mula mengeluarkan buah. Jadi, pokok pokok ini perlu ditebang kerana pisang yang dihasilkan kemungkinan tidak akan masak dan buah yang dihasilkan adalah kecil. Ayam belanda dan itik Ayam belanda yang dibela ayah sudah...

perkembangan kebun perumahan Mac 2017

Alhamdulillah kebun kampung dapat bersiaran lagi setelah lebih sebulan tiada perkembangan. Musim kering di utara sudah sampai ke kemuncak. Cuaca sangat kering dan hujan lebat sudah hampir beberapa minggu tidak turun kecuali hujan sekejap sekejap sahaja. Tali air menjadi kering kontang. Musim penanaman padi di kawasan alor setar mungkin hanya akan dimulakan pada bulan April. Pokok pokok terung yang ditanam masih lagi bertahan didalam cuaca panas dan kering ini. Pada waktu petang ayah akan menjirus pokok pokok terung yang masih hidup untuk memastikan pokok terus hidup. Pokok bendi juga masih lagi bertahan. Buah buah yang terhasil tidak dituai sebaliknya dibiarkan masak untuk dijadikan stok biji benih. Memancing Alhamdulillah, dimusim kering ini lebih mudah untuk memancing ikan darat kerana ikan tertumpu dikolam dan sungai sungai sahaja. Ikan puyu dan haruan dapat dipancing dengan lebih mudah. Hasil pancing dibuat masak pindang ataupun dibuat pekasam.

projek akuaponik bulan februari 2017

InsyaAllah akan memulakan projek akuaponik terbaru. Sedikit modal sudah terkumpul untuk memulakan projek akuaponik. Bahan bahan yang diperlukan 1 akuarium ( untuk menyimpan ikan yang akan dibela ) 1. pam air ( untuk tujuan membersihkan  ) 1. timer ( untuk menyiram tanaman dan mengawal pam air ) 1 bekas tanaman ( untuk tempat menanam tanaman ) ikan yang akan dibela ialah dari jenis ikan keli afrika. InsyaAllah akan dipancing dari sungai berdekatan dengan rumah. Pam air akan dibeli dari kedai akuarium manakala timer akan dibeli secara atas talian. Bekas tanaman akan diambil daripada tong polisterin yang biasanya dibuang di kawasan pasar malam.

pokok pokok cili kekeringan

Imej
Pokok pokok yang ditanam habis kekeringan semasa balik bercuti hari raya cina selama 5 hari. Benih benih kangkung pula habis mati. Alhamdulillah selepas beberapa jam disiram pokok kembali segar. InsyaAllah akan cuba teknik penyiraman automatik ataupun teknik autopot.

balik kampung cuti raya cina 2017

Imej
Alhamdulillah dapat balik kampung bersempena cuti raya cina kali ini. Lima hari cuti tidak terasa bila balik ke kampung. Pelbagai aktiviti diadakan dikampung menjadi kenangan indah semasa bercuti. Terasa puas cuti kali ini dapat bertemu sanak saudara. Beberapa aktiviti yang dijalan seperti yang disenaraikan dibawah. Perjumpaan keluarga besar Haji Din Alhamdulillah, keluarga besar Haji Din bertemu lagi pada kali ini. Aktiviti berhimpun dan berkenal kenalan diantara ahli keluarga yang besar. Pelbagai lapisan umur yang hadir. Kehadiran mencecah 200 orang. InsyaAllah akan bertemu lagi pada tahun depan sekiranya umur panjang. Memancing Beberapa aktiviti memancing dilaksanakan bersama sama anak anak saudara. Ikan haruan dan puyu menjadi sasaran utama. Rezeki kali ini baik kerana ikan keli bendang turut mengena matakail. Dapatlah anak anak saudara merasa makan ikan keli goreng. Kebun Abang yang balik bercuti menumpukan masa membersih kawasan kebun pisang ayah. Hampi...

perkembangan kebun perumahan 25 Jan 2017

Imej
Alhamdulillah beberapa projek kebun perumahan sedang berjalan Akuaponic InsyaAllah akan membeli satu akuarium untuk menyimpan ikan di kebun perumahan. Kangkung Benih kangkung yang bercambah tidak begitu membesar dengan baik. Kemungkinan kurang nutrien didalam tanah. Tanah didalam bekas polisterin didapati cepat kering. InsyaAllah akan cuba tambah lapisan tanah baru dan tambah baja yang bersesuaian. Ketumbar jawa Benih ketumbar jawa yang dibeli dari pasar akan cuba disemai. Sekurang kurangnya akan ada bekalan herba segar dari kebun perumahan. Cambahan benih lama Alhamdulillah benih sawi hongkong yang sudah hampir 3 tahun masih lagi bercambah. Benih disemai begitu sahaja didalam bekas polisterin cabai. Pada hujung minggu lepas, hujan lebat turun dikawasan perumahan. Didapati benih benih mulai bercambah. Harap harap benih akan berjaya membesar. Dahan pokok belinjau Kebetulan terlibat dengan aktiviti gotong royong. Terdapat pokok belinjau yang sangat besar telah tumba...