imbasan projek kebun kampung sepanjang tahun 2015
Alhamdulillah tahun 2015 hanya tinggal beberapa jam lagi sebelum tahun 2016 menjelma. Pengalaman berkebun bertambah lagi dengan pelbagai eksperimen. Tanaman yang berjaya Cabai solok ( buah yang banyak ) Terung ( pelbagai vareiti berjaya tuaian ) Ulam raja ( mudah diurus ) Pokok tin ( berjaya menghasilkan buah ) Petola ular ( berjaya menghasilkan buah ) Petola segi ( vareiti hibrid dengan hasil yang memberansangkan ) Petola bantal ( mudah tumbuh dan diurus ) Mulberi ( sudah boleh merasa hasil tuaian ) Daun pandan ( akhirnya pokok berjaya ) Tanaman yang kurang berjaya Timun ( menghasilkan buah namun terlalu sedikit ) Lobak merah ( hanya hasil ubi yang kecil, tidak boleh dituai ) Kucai ( Langsung tidak tumbuh ) Bayam ( habis dimakan perosak ) Tomato ( belum mendapat hasil ) InsyaAllah pada tahun 2016 banyak vareiti sayuran akan dicuba Diantaranya: Bendi Terung panjang hijau Lobak merah cubaan kali ke dua Timun mini Cabai solok Sayuran daun seperti kailan, kangkung, bayam, sawi bunga ...