Catatan

pisang goreng tiga jenis, 29 Disember 2017

Imej
Alhamdulillah pisang pisang dari vareiti pisang awak nipah, pisang awak dan pisang nangka yang dibawa balik dari kampung sudah sedia untuk digoreng. Selepas empat hari didalam beg plastik. Kulit pisang bertukar dari warna hijau kepada warna kuning kecuali bagi pisang nangka. Pisang nangka yang dibawa balik sudah agak ranum dan ada yang bertukar menjadi warna hitam. Namun, isinya masih lagi sesuai untuk dibuat pisang goreng. tiga jenis pisang: Paling kiri pisang awak nipah, atas kanan: pisang awak, bawah kanan: pisang nangka Tepung yang digunakan ialah tepung goreng cap tangan. Tepung goreng ini sangat popular dikawasan utara. Harganya yang murah dan di pek mengikut beberapa saiz. Jadi, boleh pilih pek yang hendak dibeli mengikut kesesuaian pengguna. Bahan utama didalam tepung cap tangan ialah tepung gandum. Saya tidak gemar menggunakan tepung goreng jenama lain yang popular dipasaran dari jenama terkenal kerana banyak menyerap minyak goreng. Bancuhan tepung tidaklah terlalu c...

cuci kebun cuti krismas 25 Disember 2017

Alhamdulillah cuti hari krismas pada 25 Disember tahun ini digunakan untuk melakukan kerja kerja di kebun. Nampaknya rumput dan semak samun sudah meninggi. InsyaAllah akan melakukan kerja kerja menebas rumput tidak lama lagi. Buat masa ini, kerja yang dapat dilakukan ialah menebang pokok pisang yang sudah masak. Alhamdulillah kali ini, dapat menuai pisang awak nipah. Tuaian ini boleh dikira sebagai bonus kerana pokok pisang ini agak terlindung dari pandangan. Kehadiran buah langsung tidak disedari. Rupa rupanya bila sudah hampir masak baru perasan ada pisang awak yang hampir masak. Pisang awak nipah yang ditanam dikawasan tanah bendang tidaklah sesubur pisang awak nipah yang ditanam dikawasan berbukit. Buahnya tidak begitu manis. Rasanya sedikit tawar apabila dibuat pisang goreng. Disamping pisang awak nipah, pisang awak dan pisang nangka turut dapat dituai dari kebun kampung kali ini. Pokok pokok yang berpenyakit ditebang dan dikumpulkan. Harap harap penyakit pokok pisang tidak ak...

tuaian pisang awak dan nostalgia pisang kelat raja

Alhamdulillah dapat menuai pisang awak bila balik melawat kampung pada awal disember dahulu. Ada jiran kampung yang menjadi pemborong pisang. Jiran kampung yang prihatin juga ada memberitahu terdapat orang yang masuk mengambil pisang dengan berpura pura hendak membeli pisang. Pada pandangan ayah, biarlah orang mengambil buah pisang, niatkan sebagai sedekah. Saya setuju juga supaya kita tidak terlalu berasa terkilan jika bertandang ke kebun dan melihat pisang sudah ditebang orang lain. Menjadi rezeki saya kali ini masih terdapat pisang yang sudah sedia untuk dituai. Jadi, selepas selesai kerja menebas kebun pisang, pisang yang hampir masak di tebang dan dihantar ke tempat pemborong pisang. Berat dua tandan pisang awak mencecah 20 kilogram. Dengan harga seringgit bagi satu kilogram. Sebanyak RM22 ringgit dibawa pulang. Terasa sayang juga hendak menjual pisang kerana buah pisang yang sangat cantik pada pandangan saya. Jika dibuat goreng sendiri di rumah pun sedap. Namun, masih terdapa...

kebun kampung dan banjir

nampaknya kebun di kampung menghadapi masalah banjir yang semakin kerap setiap tahun. Kemungkinan besar masalah akan berlarutan selagi projek tebatan banjir di kawasan alor setar tidak siap. Kelewatan kontraktor menyiapkan projek tebatan banjir menyebabkan banyak kawasan yang dilanda banjir berulang kali. Banjir sudah berlaku setiap bulan bermula bulan september yang lepas. Bagi tanaman pula, pokok pisang tidak dapat bertahan dikawasan yang selalu digenangi air. Tanah yang basah menyebabkan bakteria penyakit mudah merebak. Pokok pokok pisang berhampiran dengan parit habis terbantut dan berpenyakit. Jika sebelum ini, pokok begitu sihat, banjir yang berulang kali menyebabkan pokok mati. Nampaknya buat masa ini, perlu beralih kepada tanaman lain yang sesuai dengan tanah digenangi air seperti pandan dan keladi.

kebun perumahan pasca banjir, 13 November 2017

Alhamdulillah banjir sudah surut di kawasan perumahan Ikan ikan didalam kolam nampaknya masih ada. Ikan patin yang disangkakan lari bersama air banjir masih ada didalam kolam. Dinding kolam kelihatan sudah mulai lekang. Kemungkinan selepas ini, ikan ikan didalam kolam akan dipindahkan ketempat lain untuk memberi ruang kolam dibersihkan dan dibaiki. Disebabkan banjir, kebun perumahan mengalami beberapa perubahan ketara. Pokok pokok didalam pasu diubah dan disusun semula supaya kerja kerja pembersihan dapat dilakukan dengan mudah. Banyak rimbunan pokok kaduk dicantas untuk memberi laluan kerja pembersihan. Isteri juga senang hati kerana halaman rumah nampak lebih kemas dan bersih. Banyak barang barang yang tidak digunakan dan rosak dibuang. Terima kasih juga kepada sahabat yang membantu kerja pembersihan. Jiran disebelah rumah pula baik hati memberi keratan pokok pandan untuk ditanam. Harap harap keratan pandan akan membesar dengan baik. Pokok daun kari didalam pasu yang sedia ada na...

banjir di kebun perumahan, 5 November 2017

Banjir yang teruk berlaku di Pulau Pinang pada awal November turut melibatkan kebun perumahan di sungai dua. Air naik memasuki rumah menjelang petang ahad. Bekalan elektrik dipotong dan keseluruhan taman perumahan bergelap. Alhamdulillah paras air dikawasan taman tidak tinggi, Pokok cabai melaka masih lagi selamat. Ikan keli didalam kolam pula masih lagi tidak terlepas keluar daripada rumah walaupun air bah sudah melepasi paras kolam. Namun, kelibat ikan patin tidak kelihatan didalam kolam. Harap harap ikan patin masih ada didalam kolam. Perancangan untuk menjadikan ikan patin sebagai masak lemak tempoyak terpaksa dilupakan jika ikan terlepas. Selepas dua hari kawasan rumah digenangi air. Banjir mulai surut. Para penduduk mulai membersihkan rumah. Banyak barang barang yang rosak dan terpaksa dibuang terutama perabot, buku dan tilam. Harap harap banjir tidak berlaku lagi didalam masa terdekat kerana kerja perbersihan memerlukan banyak masa. Gambar akan diletakkan kemudian.

projek tanaman sayur selepas banjir

Alhamdulillah banjir sudah surut di kampung. Kesan banjir sangat ketara kepada keadaan di kebun. Tumbuhan tumbuhan yang rendah seperti pokok sayur banyak yang mati. Anak anak pokok mempelam dari biji benih juga kebanyakannya mati. Disamping itu, rumput rumpai juga mati akibat tenggelam didalam air banjir bagi tempoh yang lama. Kini, kebun menjadi lapang dan kurang rumput rumpai. Rasanya, sekarang adalah masa yang terbaik untuk menanam sayur sayuran kerana kurang kerja kebun yang perlu dilakukan. Disamping itu, musim timur belum masuk sepenuhnya, hujan masih lagi turun walaupun semakin tidak kerap. Tanaman yang akan dicuba ialah sayur sayur yang kurang perlu penjagaan seperti bayam dan kangkung. Benih jagung juga akan cuba di semai. Penjagaan dan penyiraman sepenuhnya bergantung kepada hujan  yang turun kerana tuan kebun tak dapat menjaga tanaman setiap hari. Kemungkinan ubi kayu juga akan ditanam. Tanaman lain seperti keladi juga akan ditambah memandangkan kurang perlu kepada...