Catatan

percubaan memasak beras rebus

Alhamdulillah sudah hampir sebulan mencuba beras rebus. Harga beras rebus mahal sedikit dari harga beras putih. Tetapi tidak semahal beras premium seperti beras siam dan beras basmathi. Tidak banyak pilihan beras rebus yang dapat dibeli. Hanya terdapat beberapa jenama sahaja yang dijual di pasaraya. Beras rebus didalam paket 10 kilogram lebih berbaloi dibeli berbanding paket 5 kilogram. Harga bagi paket 10 kilogram lebih menarik dan murah. Pada mulanya, agak keberatan untuk membeli paket 10 kilogram kerana takut tidak habis. Namun, setelah hampir sebulan menggunakan beras rebus. Nampaknya sangkaan ini meleset. Jumlah sukatan air memasak beras rebus sama seperti memasak beras biasa. Sebaik baiknya tidak terlalu banyak air supaya nasi yang dimasak tahan lama dan tidak mudah basi. Beras rebus yang dimasak mengeluarkan sedikit aroma yang agak kuat. Nasi dari beras rebus berwana perang pudar. Saya membilas beras rebus sebanyak tiga kali sebelum dimasak. Berbanding beras biasa yang dibilas...

pancing ikan haruan di tempat baru

Imej
Alhamdulillah cuti hujung minggu dapat diluangkan untuk memancing ikan. Rancangan asalnya ialah untuk membersihkan ruang rumah. Tapi rancangan ditukar kerana tidak sempat hendak meluangkan banyak masa untuk membersihkan rumah. Awal pagi adalah masa terbaik untuk memancing ikan haruan pada masa ini. Musim timur menyebabkan langit tidak berawan. Cuaca akan menjadi cepat panas dikawasan yang terbuka. Jadi, waktu petang kurang sesuai untuk memancing ikan haruan kerana haba masih tinggi. Ikan haruan kurang menggemari suhu yang panas. Jadi, dijangkakan awal pagi lebih sesuai kerana suhu masih dingin. Namun, masa memancing juga lebih terbatas pada musim timur kerana cuaca cepat panas.  Pada waktu awal pagi, dalam jam 7.30 pagi saya mula bergerak mengesan kawasan memancing ikan haruan di sekitar bendang berhampiran sungai perai. Kebanyakan padi sudah dituai pada masa ini. Jadi, ikan tertumpu kepada kawasan parit dan lopak didalam bendang. Terdapat kabus dipermukaan air sungai kerana...

balik kampung awal Februari 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Sempat juga untuk melakukan aktiviti di kebun kampung. Kebun pisang Aktiviti menebas rumput di kebun pisang sudah 60 peratus siap. InsyaAllah hanya satu sesi lagi diperlukan untuk menebas rumput rumput di kebun pisang. Seterusnya, parit perlu dibersihkan supaya perjalanan air hujan lebih lancar. Pancing ikan Aktiviti memancing ikan diteruskan memandangkan cuaca baik sekarang ini. Alhamdulillah seekor ikan haruan berjaya dipancing dan dijadikan ikan kering. Tanam bunga kantan InsyaAllah akan cuba mendapatkan benih bunga kantan untuk ditanam di kebun pisang. Akan cuba tanam dikawasan yang kurang risiko banjir kerana pokok kantan akan mati bila terendam dalam air bagi tempoh yang lama. Siapkan rak kayu didalam stor Ayah sudah seminggu cuba menyiapkan rak kayu untuk menyimpan barang barang pertukangan seperti tukul dan gergaji. Cuma, ayah sudah tidak mempunyai kudrat untuk memotong kayu dan papan lapis. Jadi, waktu pet...

balik kampung 28 Jan 2018

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini Kebun pisang Kebun pisang yang sudah penuh dengan semak samun akhirnya berjaya di cerahkan dengan menggunakan mesin rumput. Disebabkan kesuntukan masa, hanya lorong utama kebun pisang yang dibersihkan. InsyaAllah akan menyambung lagi kerja kerja membersih kebun pisang. Alhamdulillah dua tandan pisang berjaya dituai kali ini serta beberapa jantung pisang. Terdapat beberapa tandang pisang lagi didalam kebun. Tandan pisang yang lain nampaknya mungkin boleh dituai dua minggu dari tarikh tuaian hari ini. Anak anak ayam Anak ayam di kampung semakin membesar. Pantas juga tumbesaran anak ayam yang dibela ayah. Buat masa ini, makanan yang diberi terdiri daripada dedak ayam sahaja. InsyaAllah nanti ayam ayam ini dapat membantu mengurangkan masalah sisa makanan di rumah. Didalam perancangan, kemungkinan hendak membela beberapa ekor ayam mutiara sebagai eksperimen. Bubu ikan Jaring besi yang dibeli pada minggu lepas akhirnya b...

balik kampung 20 Januari 2018

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Bulan ini cuaca masih lagi hujan. Kebun pisang Kebun pisang di belakang rumah tidak begitu menjadi. Tanah kini kerap digenangi air dan pokok pisang tidak lagi tumbuh dengan baik. Ada setandan pisang yang belum begitu besar, namun terpaksa dituai kerana daun daun sudah menjadi kekuningan akibat serangan penyakit. Jiran juga membantu menebang pokok pisang yang condong ke kawasan halaman jiran. Saya tiada masalah tentang perkara ini asalkan jiran senang hati dan kawasan terjaga. Nenas Pokok nenas yang ditanam emak didalam pasu sudah sedia untuk dituai. Buahnya tidak begitu besar kerana pokok nenas sebelum ini terbalik apabila akar tidak dapat menampung berat buah. InsyaAllah akan menanam lagi nenas didalam pasu. Putat nasi Pokok putat dibelakang rumah banyak mengeluarkan pucuk muda diwaktu hujan ini. Disamping itu, pokok putat nampaknya sudah mulai berbunga. Harap harap bunga pokok putat akan menjadi buah dan boleh ...

ikan haruan salai masak lemak cili api

Imej
Alhamdulillah balik kampung minggu lepas, dapat juga memancing ikan haruan. Murah rezeki kali ini kerana ikan berjaya dipancing dengan banyak. Pelbagai resepi ikan haruan pernah dicuba. Kali ini terdetik untuk mencuba ikan haruan salai masak lemak cili api. Disebabkan kesuntukan masa, ikan haruan disiang dah dicuci pada hari ahad. Daun serai dan garam digunakan untuk mengurangkan rasa hanyir ikan. Ikan dicuci bersih dan darah ikan dikikis dari tulang ikan sehingga cuci. Kemudian ikan dikelar kelar dan dilumur dengan campuran garam dan kunyit. Bara api daripada sabut disediakan sementara menunggu ikan yang diperap dengan garam kunyit sebati. Bara api dibiarkan terbakar sehingga tinggal bara api dan asap sahaja. Kemudian ikan pun disalai selama setengah jam sehingga masak. Setelah masak, ikan dibiarkan sejuk dahulu sebelum disimpan didalam bekas. Cabai melaka yang ditanam emak dibawa balik ke bandar untuk dijadikan bahan dalam resepi masak lemak cili api. Alhamdulil...

balik kampung 13 Januari 2018

Imej
Alhamdulillah setelah hampir dua minggu tidak balik ke kampung. Akhirnya dapat juga balik ke kampung. anak ayam yang baru menetas Ayam kampung & ayam piru Ayah membeli anak anak ayam kampung dan ayam piru dari pekan tunjang. Sebanyak sepuluh ekor anak ayam kampung dan dua pasang anak ayam piru dibeli. Anak ayam kampung dijadikan sebagai peneman kepada ayam piru. Ayam kampung sudah tidak banyak dikampung kerana diserang penyakit hawar. Jadi, anak anak ayam ini akan menambahkan balik bilangan ayam di kampung. Pada masa sekarang, sisa makanan dari dapur seperti nasi yang tidak habis tidak ada ayam yang hendak makan. InsyaAllah akan cuba mendapatkan beberapa ekor itik juga bagi menambah vareiti ternakan di kampung. Bendi Bendi yang ditanam secara menabur benih di kawasan kebun pisang nampaknya sudah mula mengeluarkan hasil. Pokok tidak tinggi hanya sekadar dua kaki. Kemungkinan ini disebabkan kekurangan baja. InsyaAllah benih benih bendi akan disemai lagi dan persediaan...