Catatan

jalan jalan pantai timur bahagian pertama

Alhamdulillah bulan April sempat berkunjung ke negeri negeri di pantai timur semenanjung Malaysia. Ini adalah pengalaman pertama kali saya ke negeri Terengganu. Paling jauh, saya pernah sampai ke Kota Bharu kira kira sepuluh tahun yang lalu ketika menemani rakan yang baru berkahwin bertemu dengan isterinya. Perjalanan sudah dirancang sejak awal tahun kerana ada aktiviti di Marang pada bulan April. Bilik penginapan sudah ditempah sejak awal dan bayaran deposit sudah dibayar. Pada awal perancangan, kami ingin singgah di kampung halaman sebelah mak mertua di Kelantan. Namun, mak mertua tidak jadi ikut disebabkan oleh masalah kesihatan. Jadi kami rancang untuk pergi terus ke Marang tanpa singgah dimana mana tempat di Kelantan. Menjelang beberapa minggu sebelum perjalanan ke Marang. Rakan saya memaklumkan dia juga akan bertolak ke Marang menggunakan kereta. Jadi perjalanan kali ini akan diadakan secara berkonvoi. Kerisauan untuk memandu kereta ke Kelantan sedikit berkurangan kerana kereta...

udang padang goreng kunyit

Alhamdulillah balik kampung minggu lepas sempat merasa menu masakan yang sudah jarang di sediakan menggunakan udang padang. Pada masa dulu, udang padang sangat mudah didapati di kawasan bendang dan tali air. Namun kini, udang padang sukar ditemui kerana penggunaan racun yang banyak. Cara mendapatkan udang padang ialah dengan cara menangkul. Tangkul dibuat daripada buluh dan kain jarang seperti kain kelambu. Dulu dulu, arwah mak Cik Lebar kerap datang pada waktu tengah hari untuk menjual udang padang setelah menangkul udang pada waktu pagi. Udang padang yang dijual dibungkus didalam daun pisang untuk mengekalkan kesegaran. Minggu lepas, kak chik dapat membeli udang padang yang dijual di pasar pagi ahad Anak Bukit. Udang  yang dijual agak kecil tetapi kami berpuas hati kerana kuantiti yang dapat beli cukup untuk sekali hidangan. Cara penyediaan udang padang untuk masakan adalah mudah. Hanya perlu dibilas, dicampur kunyit dan garam. Kemudian, udang dimasak didalam minyak yang sediki...

balik kampung 14 Mac 2018

Alhamdulillah dapat balik kampung lagi pada minggu ini. Jadual masih lagi padat semasa balik kampung kali ini. Hanya sempat menjenguk kawasan kebun kampung dan menuai hasil sahaja. Tidak banyak aktiviti membersihkan kebun kampung yang dapat dibuat Bendi Bendi yang disemai sudah berusia hampir seminggu. Hujan yang mulai turun memberi harapan bendi akan tumbuh dengan baik Kebun pisang Kebun pisang sempat dijenguk untuk tempoh sejam. Pokok pisang yang berpenyakit ditebang. Manakala beberapa tandan pisang yang masak dituai. Terdapat beberapa tandan pisang yang elok telah ditebang oleh orang lain. Jadi, saya telah memesan kepada jiran supaya memaklumkan kepada orang yang masuk ke dalam kebun pisang supaya tidak mengambil lagi pisang. Sebelum ini, mengikut perjanjian, orang yang mengambil pisang akan menjual dan membayar harga pisang di rumah. Namun, sudah berkali kali pisang diambil, tiada bayaran yang sampai kepada ayah di rumah. Singgah pasar pagi kampung berjaya Pasar pagi kampu...

balik kampung 8 April 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu lepas. Masa suntuk turun membersih kebun pisang. Jadi, kebanyakan masa digunakan sekitar kawasan rumah sahaja. Ayam kampung Alhamdulillah ayam kampung yang dibela ayah semakin membesar. Makanan ayam sudah boleh dicampur dedak dan nasi putih yang tidak habis. Buat masa ini, tiada lagi ayam yang mati akibat penyakit. Disamping itu, terdapat anak ayam kampung yang baru menetas. InsyaAllah akan cuba mendapatkan anak ayam piru untuk ayah supaya masa terisi dan keinginan untuk membela ayam piru akan tertunai setelah anak anak ayam piru yang dibela sebelum ini habis mati. Ayah juga sedang membuat reban ayam baru untuk membela ayam. Walaupun usia sudah lanjut dan tenaga sudah kurang, namun ayah tetap meneruskan usaha membuat reban ayam baru. Ikan tilapia dan memerang Kolam ikan tilapia di tepi rumah telah diceroboh oleh memerang. Beberapa ekor ikan telah dimakan oleh memerang. Tidak pasti berapa ekor memerang yang terlibat. Harap harap m...

balik kampung 1 April 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Minggu ini menjadi pengakhiran bagi bulan mac 2018 dan permulaan bagi bulan April 2018. Ada beberapa projek yang masih tertangguh disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Terdapat beberapa perkara menarik yang dapat dilakukan di kampung. Perubahan musim juga sedang berlaku dikawasan utara. Fasa musim kering dan panas semakin berganti dengan musim hujan. Kebun pisang Alhamdulillah kebun pisang masih lagi memberi hasil yang baik. Dua tandan pisang awak dan satu tandan pisang emas dibawa balik. Terdapat  beberapa lagi tandan pisang yang sesuai untuk dituai. InsyaAllah minggu depan akan cuba menuai tandan pisang tersebut. Terdapat juga tandan pisang  yang patah akibat perubahan cuaca dan saiz tandan yang terlalu besar sehingga tidak dapat ditampung oleh batang pokok. Tandan tersebut dibiarkan dahulu kerana masih lagi muda. Pokok pokok yang berpenyakit di tebang supaya kebun pisang nampak lebih kemas. Rumput juga ...

memancing ikan haruan 24 Mac 2018

Alhamdulillah minggu ini dapat meluangkan masa memancing dengan anak saudara. Kebetulan cuti kolej vokasional masih berbaki satu hari. Jadi sempatlah anak saudara mengikut aktiviti memancing kali ini. Seminggu sebelum ini, saya sudah memaklumkan kepada anak saudara yang aktiviti memancing mungkin diadakan. Jadi, saya kotakan janji supaya terubat sedikit gian memancing anak saudara. Aktiviti memancing haruan kali ini berlangsung di kawasan berhampiran taman pembelajaran hutan Air Itam, Sungai Dua. Waktu memancing bermula agak lambat kali ini, sekitar jam 9.30 pagi. Sebaiknya waktu memancing dimulakan lebih awal kerana matahari belum terik. Ketika waktu awal pagi, ikan haruan akan berkeliaran dan lebih mudah dipancing. Apabila matahari sudah semakin naik, ikan mula bersembunyi dibawah rumput rumpai. Namun, kami gagahi juga memancing dibawah panas terik dan cuba memujuk ikan haruan supaya memakan umpuan. Umpan yang digunakan kali ini ialah umpan tiruan yang meniru bentuk katak. Apabila ...

asam pedas ikan cencaru

Imej
Alhamdulillah, hasil memancing di laut setiap beberapa bulan memberi stok ikan cencaru untuk dimakan dirumah. Diantara resepi biasa yang disediakan daripada ikan cencaru ialah ikan cencaru belah belakang dan ikan cencaru goreng sambal. Saiz ikan cencaru yang di pancing biasanya saiz kecil atau sederhana. Jarang sekali mendapat saiz yang besar kerana ikan cencaru diantara ikan yang popular ditangkap oleh nelayan. Jika membeli ikan cencaru saiz yang besar, perlu berhati hati kerana sesetengah ikan cencaru saiz besar mempunyai bau hanyir yang sangat kuat. Cara menyimpan ikan cencaru yang dipancing ialah dengan membungkus 5-6 ekor ikan cencaru didalam beg plastik sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk. Ikan tidak perlu disiang. Kebiasaannya apabila sampai rumah selepas balik daripada memancing. Ikan terus diasing asingkan kedalam beg plastik dan dimasukkan kedalam bahagian sejuk beku. Dengan cara ini, hanya ikan cencaru yang hendak digunakan sahaja yang akan dinyah beku. Selebihnya masi...