Catatan

berbuka puasa dengan gulai jantung pisang, Mei 2018

Alhamdulillah bulan puasa kali ini agak kurang perbelanjaan di bazar ramadhan. Kebanyakan juadah berbuka puasa dimasak sendiri. Juadah yang dibeli di bazar ramadhan berjaya dikurangkan. Kadang kadang juadah yang dibeli tidak sempat dihabiskan kerana dibeli secara berlebihan. Pada minggu lepas, saya sempat menyediakan pisang goreng yang dikongsi dengan jiran. Pisang awak yang dibawa balik dari kampung masak dengan cepat. Terdapat bebeberapa lagi sikat pisang yang tidak sempat digoreng. Untuk memanjangkan hayat pisang awak, pisang disimpan didalam peti sejuk. Kulit pisang akan menjadi kehitaman, namun isinya masih lagi kekal pejal dan tidak lembik. Selain itu, jantung pisang yang diperoleh dari kebun pisang juga dibawa balik dari kampung. Emak sudah memesan supaya tidak perlu bawa balik jantung pisang untuk kegunaan emak. Jadi, jantung pisang yang dikutip dari kampung dibawa balik. Gulai jantung pisang menjadi resepi yang sedap untuk berbuka puasa. Untuk penyediaan gulai jantung pisa...

cabai burung di kebun kampung

Alhamdulillah dapat balik ke kampung untuk berbuka puasa. Cuaca bulan puasa kali ini tidak terlalu terik tetapi tetap panas dan lembap. Aktiviti berkebun ada dijalankan namun terhad kerana badan cepat berpeluh. Didalam kesempatan ini, saya sempat bertandang ke kebun pisang. Alhamdulillah banyak pisang yang hampir masak dan boleh dituai sebelum akhir bulan puasa. Masa untuk balik ke kampung agak terhad. Jadi, kemungkinan besar saya hanya dapat menjenguk kembali kebun pisang pada akhir ramadhan kali ini insyaAllah. Bahagian tepi kebun pisang yang bersempadan dengan jiran sudah dibersihkan oleh jiran. Saya mengucapkan terima kasih kerana menolong membersihkan bahagian tepi pagar. Saya akui kebun agak semak kerana rumput tidak dipotong. Kemungkinan perlu membeli mesin rumput yang baru kerana mesin rumput yang sedia ada terlalu kerap rosak. Semaian keratan pokok herba pecah beling yang dibawa balik daripada kebun perumahan turut ditanam di tepi jalan, Semoga pokok hidup dan menjadi pa...

jalan jalan pantai timur bahagian akhir

Keesokan harinya bermulalah aktiviti utama jalan jalan di pantai timur. Selepas solat subuh, saya bergegas ke jeti Marang untuk ke Pulau Kapas. Saya dan rakan terlibat dalam acara berenang dilaut dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut, Marang Acara berenang bermula pada jam 8 pagi. Keadaan cuaca amat baik dan ombak tidak terlalu besar. Pengalaman renang di laut perairan pantai timur satu pengalaman yang baru bagi saya. Lautnya lebih jernih dan tidak merengsa mata. Cuma terdapat banyak sengatan obor obor didalam air. Segala pengalaman berenang digunakan untuk memastikan saya berenang pada arah yang betul. Paling penting bila berenang dilaut ialah untuk sentiasa tenang. Alhamdulillah setelah empat jam berenang, akhirnya saya sampai ke tepian pantai. Tidak lama kemudian, siren dibunyikan menandakan acara tamat. Saya bernasib baik kerana sempat menghabiskan renangan sebelum masa yang ditetapkan. Selepas sesi bergambar dan makan tengahhari di pantai. Saya balik berehat di chalet. Pada waktu...

jalan jalan pantai timur bahagian kedua

Selepas berhenti berehat dan bersarapan ringkas di Wakaf Raja, kami meneruskan perjalanan menuju Besut. Kami berhenti berhampiran pantai untuk bersarapan yang lebih berat dan menikmati udang goreng tepung. Gerai tepi jalan ini pada sangkaan saya hanya menyediakan makanan berasaskan goreng tepung. Rupa rupanya, gerai tepi jalan ini rupa rupanya menyediakan bihun, mee dan nasi goreng yang dijual didalam talam. Satu pengalaman baru bagi saya yang tidak pernah mengunjungi kawasan pantai timur. Selepas bersarapan dan mengisi minyak kereta. Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu melalui jalan tepi pantai. Kali ini giliran isteri pula memandu memandangkan saya sudah memandu hampir sembilan jam. Dari Kuala Terengganu, kami bergerak ke Marang untuk masuk ke bilik penginapan yang sudah ditempah awal. Bilik penginapan RAZ hotel terletak berhampiran pantai Kelulut Marang. Solat jumaat Jam menunjukkan masa semakin menuju waktu zohor dan kebetulan hari Jumaat. Jadi, selepas mendapat ku...

jalan jalan pantai timur bahagian pertama

Alhamdulillah bulan April sempat berkunjung ke negeri negeri di pantai timur semenanjung Malaysia. Ini adalah pengalaman pertama kali saya ke negeri Terengganu. Paling jauh, saya pernah sampai ke Kota Bharu kira kira sepuluh tahun yang lalu ketika menemani rakan yang baru berkahwin bertemu dengan isterinya. Perjalanan sudah dirancang sejak awal tahun kerana ada aktiviti di Marang pada bulan April. Bilik penginapan sudah ditempah sejak awal dan bayaran deposit sudah dibayar. Pada awal perancangan, kami ingin singgah di kampung halaman sebelah mak mertua di Kelantan. Namun, mak mertua tidak jadi ikut disebabkan oleh masalah kesihatan. Jadi kami rancang untuk pergi terus ke Marang tanpa singgah dimana mana tempat di Kelantan. Menjelang beberapa minggu sebelum perjalanan ke Marang. Rakan saya memaklumkan dia juga akan bertolak ke Marang menggunakan kereta. Jadi perjalanan kali ini akan diadakan secara berkonvoi. Kerisauan untuk memandu kereta ke Kelantan sedikit berkurangan kerana kereta...

udang padang goreng kunyit

Alhamdulillah balik kampung minggu lepas sempat merasa menu masakan yang sudah jarang di sediakan menggunakan udang padang. Pada masa dulu, udang padang sangat mudah didapati di kawasan bendang dan tali air. Namun kini, udang padang sukar ditemui kerana penggunaan racun yang banyak. Cara mendapatkan udang padang ialah dengan cara menangkul. Tangkul dibuat daripada buluh dan kain jarang seperti kain kelambu. Dulu dulu, arwah mak Cik Lebar kerap datang pada waktu tengah hari untuk menjual udang padang setelah menangkul udang pada waktu pagi. Udang padang yang dijual dibungkus didalam daun pisang untuk mengekalkan kesegaran. Minggu lepas, kak chik dapat membeli udang padang yang dijual di pasar pagi ahad Anak Bukit. Udang  yang dijual agak kecil tetapi kami berpuas hati kerana kuantiti yang dapat beli cukup untuk sekali hidangan. Cara penyediaan udang padang untuk masakan adalah mudah. Hanya perlu dibilas, dicampur kunyit dan garam. Kemudian, udang dimasak didalam minyak yang sediki...

balik kampung 14 Mac 2018

Alhamdulillah dapat balik kampung lagi pada minggu ini. Jadual masih lagi padat semasa balik kampung kali ini. Hanya sempat menjenguk kawasan kebun kampung dan menuai hasil sahaja. Tidak banyak aktiviti membersihkan kebun kampung yang dapat dibuat Bendi Bendi yang disemai sudah berusia hampir seminggu. Hujan yang mulai turun memberi harapan bendi akan tumbuh dengan baik Kebun pisang Kebun pisang sempat dijenguk untuk tempoh sejam. Pokok pisang yang berpenyakit ditebang. Manakala beberapa tandan pisang yang masak dituai. Terdapat beberapa tandan pisang yang elok telah ditebang oleh orang lain. Jadi, saya telah memesan kepada jiran supaya memaklumkan kepada orang yang masuk ke dalam kebun pisang supaya tidak mengambil lagi pisang. Sebelum ini, mengikut perjanjian, orang yang mengambil pisang akan menjual dan membayar harga pisang di rumah. Namun, sudah berkali kali pisang diambil, tiada bayaran yang sampai kepada ayah di rumah. Singgah pasar pagi kampung berjaya Pasar pagi kampu...