Catatan

balik kampung cuti hari Malaysia 16 September 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada cuti hari Malaysia 16 September. Perancangan awal pada 15 September sepatutnya turun memancing di laut. Namun, disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Kami terpaksa membatalkan rancangan memancing pada saat akhirt. Bersih kebun belakang rumah Perkara pertama yang ada diingatan apabila balik ke kampung ialah untuk menebas rumput dan semak samun dibelakang rumah yang sudah lama tertunggak. Rasanya sudah lama kebun belakang rumah terbiar. Buat masa ini rumput ditebas supaya laluan ke kawasan belakang rumah lebih terang. Kebetulan, kawasan parit dibelakang rumah juga sudah dibersihkan oleh pihak berwajib. Jadi, tugasan sekarang ialah memastikan rumput tidak lagi panjang dan menjadi semak samun kembali. Kawasan belakang rumah akan ditanam dengan pokok pisang bagi menggantikan pokok pisang yang mati akibat masalah banjir sebelum ini. Kawasan yang akan ditanam akan ditambak sedikit bagi memastikan lebih tinggi dari paras air didalam parit...

balik kampung 18 Ogos 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu lepas. Masa yang diluangkan agak terbatas kerana terpaksa balik semula ke Pulau Pinang pada malam sabtu. Beberapa aktiviti sempat dijalankan di kampung dan banyak lagi kerja kerja di kampung yang tertangguh. Bersih halaman dan belakang rumah Rumput "kemucut" semakin panjang di belakang rumah. Jadi, mesin rumput digunakan untuk memotong rumput bagi memudahkan emak menyidai kain dan membuang sampah. Ayah pula mulai mengemas bahagian bangsal belakang rumah. Banyak kayu kayu lama yang dibuang dan dibakar. Pancing Aktiviti memancing sempat dijalankan, namun tidak sempat memancing lama. Alhamdulillah ada juga hasil. Aktiviti memancing di sungai besar terpaksa ditangguhkan dahulu kerana kekurangan masa. InsyaAllah balik kampung sekali lagi, saya akan cuba memancing ikan tilapia dan belida di sungai besar. Kenduri Banyak panggilan kenduri pada hari sabtu. Saya hanya makan nasi pada kenduri yang pertama. Kenduri kedua hanya...

perkembangan kebun perumahan, 16 Ogos 2018

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan didalam kesibukan tugasan. Bayam Bayam yang disemai bulan lepas sudah bercambah. Namun, pertumbuhan benih bayam tidak memberansangkan. Selepas berminggu minggu, pertumbuhan masih lagi perlahan. Pokok bayam tidak sampai sejengkal. Tidak pasti mengapa terjadi begini. Kebiasaannya pertumbuhan bayam sangat cepat. Pokok disiram secara automatik setiap hari dan tiada tanda tanda tidak cukup air. Pokok tebengau Pokok tebengau yang ditanam di bahagian tengah laman semakin membesar dan merimbun. Keadaan halaman menjadi lebih teduh. Cuma, saya perlu pastikan akar akar pokok tidak akan merosakkan konkrit sekitar kolam ikan. Cili padi Cili padi masih lagi mengeluarkan hasil. Cuma sekarang saya kurang memetik dan membiarkan jiran jiran memetik cili padi. Terdapat serangan bena yang agak terkawal. InsyaAllah saya akan cuba menyemai lagi cili padi. Kali ini, buah yang masak akan dibiarkan kering dahulu sebelum direndam dan disemai. Ins...

memancing di Yan, 25 Julai 2018

Alhamdulillah dapat memancing lagi di Yan, Kedah. Aktiviti memancing kali ini memang di tunggu tunggu kerana stok ikan di rumah pun sudah berkurangan. Tarikh memancing di pilih ketika air laut pasang sederhana yang jatuh pada hari isnin. Kebetulan pada hujung minggu tersebut, cuaca tidak menentu dan berombak besar yang menyebabkan banyak bot memancing yang tidak keluar memancing. Kali ini, kami memancing dengan menaiki bot dari Kuala Sungai Dulang Kecil. Perjalanan bot memakan masa lebih kurang sejam dari jeti. Apabila sampai ke tempat memancing, umpan ikan temenung yang dibawa dicangkuk pada matakail dan dilepaskas di belakang bot. Alhamdulillah ikan todak yang besar memakan umpan. Kemudian, ikan ikan lain seperti tenggiri dan ikan golok turut dapat dipancing. Aktiviti memancing kali ini juga berjaya mendapat seekor ikan pari yang agak besar. Sudah ditakdirkan menjadi rezeki ikan pari berjaya dinaikkan walaupun menggunakan joran yang agak kecil. Pada akhir sesi memancing. semua ...

perkembangan kebun perumahan, 20 Julai 2018

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan. Pokok cabai melaka masih lagi mengeluarkan hasil yang baik. Hasil yang banyak dikongsi dengan jiran jiran. Jika ada yang memerlukan cabai melaka, boleh datang dan petik sendiri cabai melaka di luar rumah. Disamping itu, pokok pandan yang ditanam sejak November tahun lalu semakin membesar dan berkembang biak dengan baik. Sistem penyiraman automatik membolehkan pokok pandan mendapat air yang secukupnya secara konsisten. Sebelum ini, percubaan menanam pokok pandan tidak berhasil kerana pokok mati akibat kekurangan air. Tanam bayam Sudah lama pokok bayam tidak ditanam di kebun perumahan. Jadi, benih baru bayam dibeli dan di tabur didalam pasu pasu yang masih kosong. InsyaAllah jika benih bernas dan mendapat air yang cukup. Bolehlah merasa sayur bayam pada pertengahan bulan depan. Thai basil Pokok thai basil masih lagi bertahan dan tumbuh dengan sendiri di hadapan ruang rumah. Sebelum ini, pokok thai basil hanya disemai sekali. K...

cencaru teluk bahang, 17 Julai 2018

Alhamdulillah urusan kerja di kawasan teluk bahang minggu ini tidak pulang dengan tangan kosong. Ikan cencaru di teluk bahang dapat dipancing dari kawasan pantai sahaja. Kebiasaannya ikan cencaru dipancing dikawasan unjam dan berstruktur seperti jambatan. Kebetulan rakan pemancing memberi tahu sekarang musim memancing ikan cencaru. Umpan yang digunakan ialah umpan matakail apollo berangkai yang di ikat dengan cebisan plastik agar menyerupai anak ikan. Waktu yang sesuai untuk memancing ikan cencaru ialah pada waktu air laut pasang besar. Ini kerana pada masa ini, air laut akan naik dan menarik perhatian ikan cencaru untuk rapat ke pantai. Disamping itu, faktor cuaca yang baik dan tidak hujan menyebabkan ikan ikan yang laut lebih suka rapat ke pantai. Sekiranya hujan lebat, ikan laut akan lari ke tengah laut untuk mengelak air tawar yang mengalir disekitar pantai selepas hujan lebat. Diantara kawasan yang boleh dicuba untuk memancing ikan cencaru dari kawasan pantai ialah jeti JPS di...

musim mempelam di kebun kampung, 9 Julai 2018

Alhamdulillah musim mempelam di kampung sudah hampir ke penghujung. Selama lebih sebulan menikmati buah mempelam di sekitar rumah mak di kampung. Semasa bulan puasa, buah mempelam yang masak di kupas untuk dijadikan sebahagian daripada juadah berbuka puasa. Buah mempelam yang mengandungi serat membantu penghadaman dan perut lebih lawas. Buah mempelam yang paling awal masak ialah mempelam pauh. Buahnya kecil masak dalam masa yang serentak. Saya tidak sempat untuk menikmati buah mempelam pauh. Pokoknya pula tinggi dan tidak ada galah yang panjang untuk mengait buah yang muda. Biji mempelam pauh akan saya kumpulkan untuk dijadikan biji benih bagi membiakkan pokok mempelam vareiti lain seperti vareiti harum manis. Kali ini, buah yang paling banyak di tuai ialah mempelam dari vareiti chokanan. Buah yang hampir masak di kait dan diperam tanpa menggunakan sebarang agen pemeraman seperti karbaid. Selepas lebih kurang seminggu buah sudah boleh dimakan. Kebiasaanya buah sedikit buruk dan a...