memancing ikan haruan 24 Mac 2018
Alhamdulillah minggu ini dapat meluangkan masa memancing dengan anak saudara. Kebetulan cuti kolej vokasional masih berbaki satu hari. Jadi sempatlah anak saudara mengikut aktiviti memancing kali ini. Seminggu sebelum ini, saya sudah memaklumkan kepada anak saudara yang aktiviti memancing mungkin diadakan. Jadi, saya kotakan janji supaya terubat sedikit gian memancing anak saudara. Aktiviti memancing haruan kali ini berlangsung di kawasan berhampiran taman pembelajaran hutan Air Itam, Sungai Dua. Waktu memancing bermula agak lambat kali ini, sekitar jam 9.30 pagi. Sebaiknya waktu memancing dimulakan lebih awal kerana matahari belum terik. Ketika waktu awal pagi, ikan haruan akan berkeliaran dan lebih mudah dipancing. Apabila matahari sudah semakin naik, ikan mula bersembunyi dibawah rumput rumpai. Namun, kami gagahi juga memancing dibawah panas terik dan cuba memujuk ikan haruan supaya memakan umpuan. Umpan yang digunakan kali ini ialah umpan tiruan yang meniru bentuk katak. Apabila ...