Catatan

hari raya korban 1436H dan balik kampung 24 September 2015

Imej
Alhamdulillah hari raya korban tahun ini disambut sederhana. Hari Raya pertama dipenuhkan dengan solat sunat aidil adha di Pulau Pinang, sebelum makan kenduri di Baling dan pulang ke Alor Setar. Suasana kenduri hari raya korban di Baling sangat meriah dengan makanan seperti sup daging cicah air asam dan kerabu pucuk paku. Didalam perjalan balik ke Alor Setar, kami sempat berhenti di Lata Mengkuang, Sik. Keadaan masih lagi baik untuk berkelah dengan air yang masih jernih dan dingin. Cuma keadaan tandas tidak terjaga kerana tiada bekalan air paip ke tandas. Masa di kampung dihabiskan dengan aktiviti kenduri, mencuci parit, merobohkan bangsal lama, memancing dan melayan anak saudara yang balik beraya di kampung. Beberapa benih pokok dibawa balik ke kampung untuk ditanam seperti cabai solok dan ulam raja. Disamping itu, sempat juga mengikuti aktiviti gotong royong korban yang dirancang walaupun perlu berulang alik ke Pulau Pinang dari Alor Setar. InsyaAllah akan cuba bali...

semaian terbaru di kebun perumahan 23 September 2015

Alhamdulillah, dapat mengurus kebun perumahan sedikit pada awal pagi. Beberapa semaian baru dibuat. Semaian yang tidak tumbuh Semaian lobak putih tidak bercambah. Kemungkinan tiada percambahan kerana benih lama. Semaian baru Semaian benih kobis mickey, daun pudina dan daun sup dibuat. Benih pudina sangat halus. Kaedah yang dicuba ialah dengan memanam didalam bekas semaian berisi kompos. Semaian lama yang perlu diubah Benih terung telunjuk akan dibawa balik ke kampung. Benih terung panjang pula perlu dipindahkan ke bekas semaian yang lebih besar kerana sudah mula mengeluarkan daun sebenar.

perkembangan kebun perumahan 19 September 2015

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan pada hujung minggu. Waktu diluangkan hanya sekadar satu jam kerana perlu balik ke kampung untuk majlis kenduri kahwin. Mulberi Buah mulberi semakin banyak yang masak di atas pokok. Namun, burung burung juga menyedari tentang buah mulberi yang masak. Pada jumaat malam, buah buah mulberi yang masak ranum berwarna kehitaman masih ada. Pada keesokan harinya, buah buah yang masak ranum sudah tiada. Cabai solok Alhamdulillah, cabai solok dapat dituai lagi kali ini. Buah buah baru juga sudah mula lekat. Walaupun pokok cabai solok tidak sebesar mana, namun jumlah buah yang dihasilkan sangat memuaskan. Semaian Semaian daun saderi dan lobak putih dibuat kedalam bekas kompos. Harap harap benih akan bercambah. Lebihan semaian cabai solok dan juga pokok lada hitam dibawa balik ke kampung. Semoga dapat membesar di kampung.

balik kampung 17 September 2015

Alhamdulillah dapat balik kampung sekejap pada cuti hari Malaysia dan disambung ke hari khamis kerana ada urusan kerja. Hujan renyai renyai pada waktu pagi dan hujan lebat pada sebelah malam menjadikan tanah basah dan air didalam parit tinggi. Benih benih timun, petola ular dan petola segi dibawa balik ke kampung. Benih timun dan petola ular selamat dipindahkan ke tempat yang sesuai. Manakala petola segi akan disemai kemudian kerana kesuntukan masa untuk menyedia tempat semaian. Cabai solok yang sesuai dituai pula habis dikerjakan oleh ayam ayam kampung. Nampaknya ayam kampung sudah menggemari cabai. Kawasan semaian akan dipagar. Benih ulam lemak ketam sudah dibawah pulang. InsyaAllah akan bawa balik beberapa jenis benih lagi untuk dicuba dikebun kampung. Gambar akan diletakkan kemudian

cabai solok kebun perumahan 16 September 2015

Imej
Alhamdulillah, bersempena cuti hari Malaysia tahun ini, dapat juga menjenguk kebun perumahan. Buat masa sekarang, cabai solok paling banyak berbuah. Pokok ditanam didalam bekas polisterin. Sulur dari pokok petola bantal yang kering dijadikan bahan sungkupan untuk mengelakkan tanah kering. Namun, harus berhati hati kerana binatang liar seperti ular boleh bersarang didalam sungkupan. Pokok ini disiram dengan baja ikan dan juga tanam kompos. Alhamdulillah buat masa ini, tiada lagi serangan lalat buah yang berlaku. Pokok cabai solok tahan lasak dan dapat memberi hasil untuk jangka masa yang lama. Tuai kesemua buah yang sesuai untuk menggalakkan penghasilan lebih banyak buah. Buat masa ini, tanaman tomato kingkong juga dialih untuk dijadikan sebagai peneman tanaman cabai solok. Harap harap akan menjadi tanaman peneman yang baik.

perkembangan semaian timun, petola segi dan petola ular

Imej
Alhamdulillah, semaian sayuran dari jenis menjalar sudah dilaksanakan. Sekarang menanti untuk dipindahkan ke lokasi pembesaran. Beberapa pokok timun akan ditanam di sekitar kebun perumahan. Selebihnya akan dibawa pulang ke kampung. Petola segi juga akan cuba disimpan dua pokok bagi menggantikan petola bantal yang sudah tua. Pokok petola ular pula akan dibawa pulang ke kampung. Peratus percambahan Kadar percambahan penih petola segi dan timun memuaskan dengan peratus percambahan lebih 80 peratus. Manakala petola ular setakat ini kadar percambahan hanya 20 peratus atau satu biji yang bercambah dari lima biji yang disemai. Jangkamasa percambahan Benih timun dan petola segi bercambah tidak sampai 5 hari disemai. Manakala petola ular mengambil masa yang lebih lama sekitar 8 hari. Mungkin kulit benih petola ular lebih tebal berbanding timun dan petola segi. Tuaian hasil InsyaAllah tuaian dijangkakan bermula bulan november atau disember.

perkembangan kebun perumahan 8 September 2015

Alhamdulillah dapat menjenguk sebentar kebun perumahan Tomato beefsteak Benih benih kebanyakan rosak kerana bumbung tempat semaian bocor. Hujan lebat sejak beberapa hari ini. Habis semaian patah dan tercabut. Hanya dapat selamatkan dua anak benih setakat ini. Semaian petola biasa, petola ular dan timun Alhamdulillah semaian petola biasa dan timun sudah bercambah. Cambahan berlaku tidak sampai 5 hari. Masih menunggu semaian petola ular bercambah Pokok tin Pokok tin variety brown turkey menunjukkan tanda akan berbuah lagi. Semaian keratan tut pula diubah ke tempah yang lebih terang. Kucai Setakat ini semaian kucai masih belum bercambah Semaian kailan Benih kailan dari stok lama cuba dicambahkan. Jika bernasib baik akan bercambah. Terung Terung telunjuk yang disemai didepan rumah semakin sihat. Satu lagi pokok yang ditanama tidak begitu sihat kerana diganggu kucing. Cabai solok Cabai solok sedia untuk dituai. Setakat ini dibiarkan dahulu di pokok. Perancangan membaja InsyaAllah akan mena...