Catatan

perkembangan kebun perumahan, 19 Jun 2016

Imej
Alhamdulillah kerja kerja mengemas kebun perumahan berjalan lancar. Pokok pecah beling, belalai gajah dan bebuas dipangkas supaya kurang merimbun dan nampak lebih kemas. Tuaian mulberi, terung dan buah tin Mulberi yang banyak masak dipokok dituai. Disamping itu, buah tin dapat dituai. Buah tin varieti Green Jordan berbuah sebesar ibu jari sahaja. InsyaAllah akan cuba lagi mendapatkan buah yang lebih besar dengan menjaga pembajaan dan pengairan. Buah terung juga dituai dan akan cuba dijadikan sebahagian bahan dalam masakan dalca untuk berbuka puasa. Cabai solok Benih benih cabai diubah kedalam bekas minuman air 1.5 liter yang dipotong dan dijadikan bekas tanaman. InsyaAllah apabila pertumbuhna sudah baik, pokok akan dipindahkan ke atas tanah di kampung.

balik kampung 19 Jun 2016

Imej
Alhamdulillah dapat balik berbuka puasa di kampung pada minggu lepas. Cuaca mendung sepanjang hujung minggu lepas. Mempelam Masih banyak lagi buah mempelam yang ada diatas pokok. InsyaAllah balik kampung pada minggu hadapan akan cuba tuai buah yang masih ada diatas pokok. Rugi jika dibiarkan gugur begitu sahaja. Semaian bayam Semaian bayam terpaksa ditanam sekali lagi. Aktiviti meracun dibelakang rumah menyebabkan semua bayam mati. Pokok tin Alhamdulilah pokok tin di kampung sudah mulai mengeluarkan putik buah. Harap harap buah akan cepat membesar. Bersih parit Parit dihadapan rumah tersumbat menyebabkan air bertakung dihadapan rumah. Sempat juga membersihkan lubang yang tersumbat. Semasa membersih parit, seekor lintah hinggap di lengan. Nasib baik belum sempat lintah menghisap darah. Tuaian terung Alhamdulilah, terung telunjuk semakin menjadi jadi. Hampir sedozen terung berjaya dituai. InsyaAllah tumpuan pada minggu sebelum raya ialah mengemas halaman rumah disamp...

perkembangan kebun kampung, 12 Jun 2016

Imej
Alhamdulillah sempat mengemas sedikit kebun perumahan di bulan ramadhan ini. Agak kepenatan menjelang waktu tengah hari kerana aktiviti berkebun memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Tuai sayuran berdaun dan terung Alhamdulillah, kangkung, sawi renek dan bayam dituai. InsyaAllah akan dijadikan hidangan untuk bersahur. InsyaAllah kebiasaanya tuaian bayam dan kangkung untuk kali kedua akan lebih banyak berbanding tuaian pertama. Beberapa terung telunjuk juga dapat dituai daripada satu pokok yang ditanam didepan rumah. Semaian cabai solok Beberapa anak benih cabai solok dipindahkan ke bekas tanaman yang baru. Bekas tanaman dibuat daripada botol air mineral yang dipotong dua. Ada banyak lagi anak benih cabai solok yang perlu dipindah. Basil Semaian basil diubah ke luar rumah supaya dapat menerima lebih banyak cahaya matahari. Harap harap akan menjadi lebih subur. Semai selasih thai Bekas tanaman yang kosong selepas sawi renek dituai ditambah dengan tanah yang baru da...

berkebun di bulan ramadhan, 6 Jun 2016

Imej
Alhamdulillah balik kampung minggu lepas sempat berkebun sedikit. Masa waktu pagi pada hari puasa 1 Ramadhan diantara jam 7 pagi sehingga 9 pagi digunakan untuk aktiviti berkebun. Aktiviti pertama ialah mengutip buah mempelam yang masih banyak di belakang rumah. Dahan pokok sudah hampir tunduk ke tanah menahan beban berat buah. Buah buah yang tinggi dikait menggunakan galah buluh. Ada satu vareiti mempelam yang mempunyai bentuk yang pelik tetapi sedap. Tetapi buah cepat rosak dan harus dimakan segar. Semaian bayam juga sudah bercambah tetapi masih kecil. Semaian timun jepun pula sudah menunjukkan tumbesaran yang baik. Baja tahi ayam ditambah untuk menggalakan lagi tumbesaran pokok bayam dan timun jepun. Beberapa hari sebelum ramadhan, pucuk tenggek burung dituai untuk dimakan semasa tengah hari. Alhamdulillah, pokok tenggek burung semakin banyak mengeluarkan pucuk.

perkembangan kebun perumahan 30 Mei 2016

Alhamdulillah kebun perumahan dalam proses diurus semua. Harap harap akan semakin kemas dan cantik dipandang. Pokok pokok herba seperti pecah beling, belalai gajah dan bebuas perlu dipangkas. Mulberi Buah mulberi semakin banyak yang masak. Harap harap dapat tuai sedikit dan makan bersama yogurt. Timun jepun Anak benih timun jepun yang disemai diluar nampak terbantut. Akan cuba semai benih yang baru ataupun benih timun betik. Bayam Bayam semakin membesar dan musim hujan ini banyak membantu. Baja organik diguna dan daun daun bayam nampak menghijau. Semaian cabai Belum sempat mengalihkan semaian cabai. InsyaAllah akan dipindahkan ke dalam polibeg yang lebih besar dan dipindahkan kebahangian luar rumah. Semaian basil Semaian basil nampaknya perlu diubah kebahagian luar rumah supaya mendapat cahaya yang mencukupi. Semaian nampak terbantut pada masa ini. Pokok tin Buah tin vareiti green jordan masih belum masak walaupun sudah begitu lama di pokok. Masih lagi keras walaupun buah begitu lama...

musim baru permulaan menanam padi

Imej
Alhamdulillah penanaman padi bermula lagi di kawasan Alor Setar. Keadaan hujan sekarang sesuai untuk aktiviti menanam padi. Petak bendang dibajak dan diratakan untuk kerja penanaman padi. Benih padi direndam semalaman, sebelum diangkat dan dibiarkan didalam beg benih bagi membolehkan benih padi bercambah. Petak bendang akan dikeringkan sebelum kerja penanaman padi untuk kerja menabur benih. Pada masa ini juga anak anak ikan akan mulai masuk ke bendang. Banyak juga anak anak ikan yang terperangkap disaluran air dan dapat ditangkap dengan mudah. Kerja kerja menabur benih padi memerlukan tenaga tulang empat kerat untuk mengangkut benih ke tengah bendang. Kemudian, benih ditabur dengan menggunakan mesin yang digalas dibelakang petani. Selepas beberapa hari, benih akan bercambah dan racun perosak perlu disembur untuk mengelakkan benih dimakan siput gondang. Banyak lagi kerja kerja dikampung yang perlu dilakukan seperti menebas semak samun dan membersih kebun. N...

perkembangan kebun perumahan 24 Mei 2016

Imej
Alhamdulillah ada sedikit perkembangan kebun perumahan pada pengakhiran bulan mei 2016 ini. Salad hongkong Benih sawi hongkong yang dibeli beberapa tahun dahulu masih lagi bernas. Peratusan percambahan  masih belum dapat dipastikan. Basil Anak anak benih basil semakin membesar. InsyaAllah akan dipindah ke kawasan yang lebih banyak cahaya matahari. Kangkung Anak benih kangkung sebahagiannya rosak dikerjakan oleh kucing. Kucing tertarik dengan pokok kucing galak yang tumbuh didalam pasu kangkung. Jadi, pokok kucing galak dicabut supaya baki benih akan terselamat. Bayam Anak anak bayam semakin membesar. Agak padat didalam satu pasu kecil namun nampak masih sihat. Daun daun bayam habis berlubang akibat dimakan ulat. Sedikit bayam merah dapat dituai untuk dijadikan masakan. Semaian kobis bulat lagi Semaian baru kobis bulat dibuat kerana benih yang sebelum ini tidak berjaya membesar akibat dimakan oleh perosak.