Catatan

tuaian kebun pisang akhir oktober 2017

Imej
Alhamdulillah dapat juga balik ke kampung ziarah emak dan ayah di kampung. Disamping itu, dapat juga melawat kebun pisang yang baru habis dilanda banjir. Banjir akhir september lalu berlaku lagi pada bulan Oktober. Banyak anak anak pokok yang tidak berjaya bertahan pada banjir kali kedua kerana kekerapan banjir yang berlaku terlalu cepat. Banyak juga pokok pisang turut menjadi layu dan diserang penyakit. Tuaian pisang kali ini tidak sebanyak tuaian sebelum ini. Diantara perkara yang berlaku ialah pisang pisang yang sepatutnya dituai sudah dikebas orang. Geram juga melihat hasil titik peluh habis dikebas orang. Tuaian kali ini ialah dari jenis pisang awak dan pisang nangka. Pisang yang hampir hampir masak diambil walaupun sepatutnya boleh dibiarkan dahulu. Terdapat pokok pisang yang terletak bersebelahan jalan besar. Namun, buah belum betul betul sesuai untuk dituai. Jangkaan lebih kurang tiga minggu lagi. Jika ada rezeki, maka dapatlah dituai sebelum dikebas orang. I...

percubaan pertama membuat kerepek pisang

Imej
Alhamdulillah ada sedikit hasil daripada kebun pisang di kampung. Pisang yang dituai ialah dari jenis pisang awak dan pisang nangka. Pisang nangka sesuai dijadikan kerepek. Kebanyakan orang kampung lebih suka menanam pisang awak. Jarang sekali pisang nangka di kampung saya. Malah, emak saya sendiri tidak begitu arif dengan apa yang patut dibuat dengan pisang nangka. Setelah meniliti beberapa perkongsian didalam facebook. Nampaknya pisang nangka tidak dimakan secara mentah ataupun dijadikan pisang goreng. Sebaliknya dijadikan kerepek pisang ataupun dibuat kuih. Pisang nangka mempunyai kandungan kanji yang banyak dan berasa tawar. Jadi, pisang nangka yang dituai cuba diolah menjadi kerepek pisang. Disebabkan tiada alatan sesuai untuk meracik pisang nangka. Pisau dapur digunakan untuk menghiris pisang nangka yang dikupas senipis mungkin. Pisang yang dihiris digoreng didalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan. Sedap juga kerepek pisang yang dihasilkan sendiri...

tuaian cili padi

Imej
Alhamdulillah, tuaian cili padi kali ini begitu meriah, hampir separuh beg plastik kecik penuh dengan cili padi. Walaupun warna cili padi ini hanya hijau muda ketika muda, namun rasanya pedas dan perlu dimakan dalam kuantiti yang minima sahaja. Buah yang hampir masak menjadi warna kuning dan oren sebelum bertukar menjadi warna merah apabila masak. Jika buah tidak dikutip, pokok cili padi kelihatan berwarna warni dengan pelbagai fasa buah dihujung hujung tangkai pokok. Pembajaan pokok cili padi dilakukan setiap kali selepas tuaian. Baja organik pokok kopi digunakan untuk membantu pokok berbuah lagi. Selain itu, baja dari hasil kompos juga ditambah. Selain pembajaan, penyiraman perlu dilakukan dengan kerap. Ini dapat dilakukan dengan penggunaan peranti penyiraman automatik. Pokok cili padi disiram pada waktu pagi dan petang selama 5 minit menggunakan sistem paip titisan. Pokok yang ditanam sudah berusia lebih setahun dan hasilnya semakin baik. Harap harap pokok akan memberi ...

kebun kampung pasca banjir 30 September 2017

Alhamdulillah banjir mulai surut selepas beberapa hari banjir melanda kampung. Air banjir yang mengenangi kawasan sekeliling rumah menyebabkan korban kepada tanaman yang sensitif kepada situasi terendam didalam air untuk tempoh yang lama. Pokok pokok yang ditanam Pokok cabai yang ditanam turut mati kerana akar terendam lama didalam air banjir. Rumput rumput turut mati akibat terlalu lama terendam didalam air. Banjir kali ini juga menyebabkan rumpun serai yang sedia dituai habis terendam didalam air. Tidak pasti samaada masih boleh diselamatkan. Bendi yang berusia lebih kurang sebulan habis mati. InsyaAllah akan menyemai benih yang baru. Perancangan semasa minggu banjir yang lepas untuk menuai pisang terpaksa ditangguhkan kepada minggu pasca banjir. Alhamdulillah hampir 20 tandan pisang berjaya dituai dari kebun. Hampir 2 jam diperlukan untuk mengenalpasti pisang yang hendak dituai dan ditebang. Pisang yang dituai diambil untuk kegunaan sendiri dan selebihnya ditolak kepada pemborong...

banjir di kampung, 22 September 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada cuti awal muharram tahun ini. Keadaan cuaca yang hujan secara berterusan selama beberapa hari menyebabkan air mulai naik disekitar kampung. Kawasan belakang rumah mulai digenangi air bermula khamis malam. Pada hari Jumaat, 22 September air sudah masuk ke bahagian dapur rumah. Hujan mulai berhenti pada keesokan harinya. Ini menyebabkan air banjir kurang meningkat secara mendadak. Air banjir kali ini berwarna jernih berbanding banjir sebelum ini. Alhamdulillah menjelang hari isnin, banjir mulai surut. Perancangan untuk menebang tandan pisang di kampung terpaksa ditangguhkan dahulu kerana banjir. InsyaAllah pada minggu depan pisang pisang didalam kebun akan dituai.

balik kampung cuti merdeka dan raya haji 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada cuti merdeka dan hari raya haji. Musim hujan melanda utara tanah air dengan hampir setiap hari hujan turun pada sebelah malam. Sambutan hari raya haji kali ini disambut agak sederhana kerana ramai adik beradik yang beraya ditempat lain. Bersih kebun pisang Kebun pisang dibersihkan dan buah pisang yang masak dituai. Hampir tujuh tandan pisang dibawa balik ke rumah. Selain tandan pisang, umbut pisang juga dibawa balik untuk dijadikan gulai daging batang pisang. Ayah juga menanam beberapa anak pokok mempelam di kebun pisang. Perancangan ayah ialah pokok mempelam akan menggantikan pokok pisang. Ada beberapa kerja lagi yang perlu dilakukan dikebun pisang seperti mebetulkan sistem perparitan didalam kebun supaya air tidak bertakung. Memancing Alhamdulillah beberapa ekor ikan haruan berjaya dipancing. Dapatlah merasa ikan haruan goreng untuk makan tengah hari. Parit dibelakang rumah belum sempat dibersihkan lagi. Masih banyak sampah yang dibu...

balik kampung 19 Ogos 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Masa suntuk juga pada kali ini kerana urusan jemputan kenduri dan singgah sana sini sebelum sampai ke kampung. Misi untuk balik menjenguk keluarga mentua juga berjaya dilaksanakan. Kebun Pisang Alhamdulillah kebun pisang dapat dijenguk untuk lebih kurang sejam. Buah pisang yang masak dibawa balik ke rumah. Hasil begitu baik pada masa ini. Terdapat juga tandan pisang yang terbiar dan akhirnya kesemua buah dimakan burung. Tidak mengapalah kerana menjadi rezeki burung burung dan haiwan liar. Bendi Benih bendi yang disemai secara tabur suka suka dikebun pisang sudah mula bercambah. Pertumbuhan tidaklah begitu baik. Harap harap pokok bendi akan berjaya membesar. Benih baru bendi juga ditabur bagi tempat yang tidak bercambah. Bendi dikawasan belakang rumah pula diserang oleh serangga pengorek batang. Habis pucuk pucuk baru bendi layu. Buat masa ini, tidak pasti serangga yang merosak tanaman bendi. Semaian benih sayur Nampaknya ...