Catatan

balik kampung November 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung untuk ziarah mak dan ayah. Masa dikampung masih lagi terhad. Perancangan awal untuk balik bercuti di kampung selama empat hari tertangguh kerana faktor cuti pasangan berbeza. Jadi masa yang dapat diluang dikampung pada masa ini sekadar sehari setengah. Masa yang ada digunakan untuk menyelesaikan perkara utama yang tertangguh dahulu seperti urusan cermin mata ayah, ambil ubat ubatan di klinik dan urusan pendaftaran bendang ayah untuk musim penanaman yang baru. Disamping itu, masa yang ada juga digunakan untuk bawa mak dan ayah berjalan jalan. Mak juga hendak melawat bendang milik mak di kawasan Air Hitam. Kebun pisang Kebun pisang sudah lama tidak dijenguk. Ada orang kampung yang datang mengambil pisang tetapi membayar pada harga yang rendah. Selain mengambil pisang, habis golok dan kasut but juga diambil dan tidak dipulangkan. Buah buahan seperti buah sawa(ciku) juga diambil sedangkan mak nak simpan untuk anak cucu yang hendak balik bercuti. R...

8 jam di kampung, 30 September 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu ini. Masa di kampung tidak lama dari waktu tengah hari sehingga waktu Isya' sahaja. Namun, kesempatan ini digunakan sebaiknya. Kali ini, perjalanan balik ke Alor Setar melalui jalan lama iaitu dari Sungai Petani, seterusnya melalui Merbok dan Yan sebelum sampai ke Alor Setar. Mata air di Singkir Laut Perjalanan dari Merbok ke Yan akan melalui kawasan tepi laut yang berbukit. Terdapat lokasi mata air yang bersih. Pengunjung boleh berhenti untuk mengambil air dari mata air. Pengamatan saya mendapati tempat yang disediakan cukup baik. Cuma, pengunjung pengunjung harus menjaga kebersihan tempat ini untuk mengelakkan sumber air tercemar. Gulai Ikan Alor Pear Perjalanan dari Pulau Pinang ke Alor Setar melalui daerah Yan mengambil masa yang panjang. Kami bertolak sekitar jam 9.30 pagi. Jadi, apabila sampai di Alor Setar sudah hampir waktu tengah hari. Juadah makan tengah hari dibeli dari kedai nasi campur berhampiran Alor Pear. Keda...

balik kampung cuti hari Malaysia 16 September 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada cuti hari Malaysia 16 September. Perancangan awal pada 15 September sepatutnya turun memancing di laut. Namun, disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Kami terpaksa membatalkan rancangan memancing pada saat akhirt. Bersih kebun belakang rumah Perkara pertama yang ada diingatan apabila balik ke kampung ialah untuk menebas rumput dan semak samun dibelakang rumah yang sudah lama tertunggak. Rasanya sudah lama kebun belakang rumah terbiar. Buat masa ini rumput ditebas supaya laluan ke kawasan belakang rumah lebih terang. Kebetulan, kawasan parit dibelakang rumah juga sudah dibersihkan oleh pihak berwajib. Jadi, tugasan sekarang ialah memastikan rumput tidak lagi panjang dan menjadi semak samun kembali. Kawasan belakang rumah akan ditanam dengan pokok pisang bagi menggantikan pokok pisang yang mati akibat masalah banjir sebelum ini. Kawasan yang akan ditanam akan ditambak sedikit bagi memastikan lebih tinggi dari paras air didalam parit...

balik kampung 18 Ogos 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu lepas. Masa yang diluangkan agak terbatas kerana terpaksa balik semula ke Pulau Pinang pada malam sabtu. Beberapa aktiviti sempat dijalankan di kampung dan banyak lagi kerja kerja di kampung yang tertangguh. Bersih halaman dan belakang rumah Rumput "kemucut" semakin panjang di belakang rumah. Jadi, mesin rumput digunakan untuk memotong rumput bagi memudahkan emak menyidai kain dan membuang sampah. Ayah pula mulai mengemas bahagian bangsal belakang rumah. Banyak kayu kayu lama yang dibuang dan dibakar. Pancing Aktiviti memancing sempat dijalankan, namun tidak sempat memancing lama. Alhamdulillah ada juga hasil. Aktiviti memancing di sungai besar terpaksa ditangguhkan dahulu kerana kekurangan masa. InsyaAllah balik kampung sekali lagi, saya akan cuba memancing ikan tilapia dan belida di sungai besar. Kenduri Banyak panggilan kenduri pada hari sabtu. Saya hanya makan nasi pada kenduri yang pertama. Kenduri kedua hanya...

perkembangan kebun perumahan, 16 Ogos 2018

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan didalam kesibukan tugasan. Bayam Bayam yang disemai bulan lepas sudah bercambah. Namun, pertumbuhan benih bayam tidak memberansangkan. Selepas berminggu minggu, pertumbuhan masih lagi perlahan. Pokok bayam tidak sampai sejengkal. Tidak pasti mengapa terjadi begini. Kebiasaannya pertumbuhan bayam sangat cepat. Pokok disiram secara automatik setiap hari dan tiada tanda tanda tidak cukup air. Pokok tebengau Pokok tebengau yang ditanam di bahagian tengah laman semakin membesar dan merimbun. Keadaan halaman menjadi lebih teduh. Cuma, saya perlu pastikan akar akar pokok tidak akan merosakkan konkrit sekitar kolam ikan. Cili padi Cili padi masih lagi mengeluarkan hasil. Cuma sekarang saya kurang memetik dan membiarkan jiran jiran memetik cili padi. Terdapat serangan bena yang agak terkawal. InsyaAllah saya akan cuba menyemai lagi cili padi. Kali ini, buah yang masak akan dibiarkan kering dahulu sebelum direndam dan disemai. Ins...

memancing di Yan, 25 Julai 2018

Alhamdulillah dapat memancing lagi di Yan, Kedah. Aktiviti memancing kali ini memang di tunggu tunggu kerana stok ikan di rumah pun sudah berkurangan. Tarikh memancing di pilih ketika air laut pasang sederhana yang jatuh pada hari isnin. Kebetulan pada hujung minggu tersebut, cuaca tidak menentu dan berombak besar yang menyebabkan banyak bot memancing yang tidak keluar memancing. Kali ini, kami memancing dengan menaiki bot dari Kuala Sungai Dulang Kecil. Perjalanan bot memakan masa lebih kurang sejam dari jeti. Apabila sampai ke tempat memancing, umpan ikan temenung yang dibawa dicangkuk pada matakail dan dilepaskas di belakang bot. Alhamdulillah ikan todak yang besar memakan umpan. Kemudian, ikan ikan lain seperti tenggiri dan ikan golok turut dapat dipancing. Aktiviti memancing kali ini juga berjaya mendapat seekor ikan pari yang agak besar. Sudah ditakdirkan menjadi rezeki ikan pari berjaya dinaikkan walaupun menggunakan joran yang agak kecil. Pada akhir sesi memancing. semua ...

perkembangan kebun perumahan, 20 Julai 2018

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan. Pokok cabai melaka masih lagi mengeluarkan hasil yang baik. Hasil yang banyak dikongsi dengan jiran jiran. Jika ada yang memerlukan cabai melaka, boleh datang dan petik sendiri cabai melaka di luar rumah. Disamping itu, pokok pandan yang ditanam sejak November tahun lalu semakin membesar dan berkembang biak dengan baik. Sistem penyiraman automatik membolehkan pokok pandan mendapat air yang secukupnya secara konsisten. Sebelum ini, percubaan menanam pokok pandan tidak berhasil kerana pokok mati akibat kekurangan air. Tanam bayam Sudah lama pokok bayam tidak ditanam di kebun perumahan. Jadi, benih baru bayam dibeli dan di tabur didalam pasu pasu yang masih kosong. InsyaAllah jika benih bernas dan mendapat air yang cukup. Bolehlah merasa sayur bayam pada pertengahan bulan depan. Thai basil Pokok thai basil masih lagi bertahan dan tumbuh dengan sendiri di hadapan ruang rumah. Sebelum ini, pokok thai basil hanya disemai sekali. K...