balik kampung 27 September 2014
Alhamdulillah, dapat balik kampung lagi minggu ini. Tidak banyak aktiviti yang dilakukan kerana jadual padat. Pokok timun sedang membesar, cuma tidaklah begitu menarik tumbesarannya. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan baja pada peringkat awal pertumbuhan. Minggu depan, akan cuti hari raya aidil adha. InsyaAllah akan digunakan sebaiknya untuk aktiviti kebunkampung. Diantara perancangan hujung minggu ini. 1. Siapkan bekas kompos Bekas tangki air lama akan dijadikan sebagai tempat untuk kompos di kampung. 2. Buat tempat menanam labu Beberapa tempat menanam labu sudah dikenal pasti. Sebanyak mungkin labu akan disemai dan harap harap ada yang akan membesar dan berbuah. 3. Pembajaan terung dan timun. Timun dan terung perlukan lebih banyak pembajaan. 4. Memancing Jika berkesempatan, waktu petang akan digunakan untuk memancing ikan didalam bendang. 5. Tanam daun kesum, pokok pandan dan bunga kantan. Kawasan berhampiran parit dan lembap sesuai untuk ditanam dengan ...