perkembangan kebun perumahan 27 Mei 2015

Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan lagi pada minggu ini. Hanya sekadar 30 minit diluangkan untuk mengurus kebun perumahan. Masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Cukuplah dengan menguruskan secara sedikit demi sedikit. Diantara perkara yang dapat diselesaikan pagi ini Pangkas petola bantal Pokok petola bantal dipangkas sedikit kerana sudah semakin tua dan berserabut. Kesian juga melihat lebah lebah tukang yang datang mencari bunga petola bantal, namun pokok petola bantal sudah tiada bunga lagi pada masa ini. Pangkas pokok mulberi Pokok mulberi dipangkas untuk menggalakkan penghasilan pucuk baru. Disamping itu, permukaan pasu disungkup dengan daun petola bantal untuk mengurangkan penyejatan dan menjadikan tanah lebih lembap. Semai timun Dua vareiti timun yang dibeli online akan dicuba. Vareiti ini dari negara beriklim sederhana. Harap harap akan berjaya dicambahkan. Tambah kompos pada pokok terung Pokok terung dan cili ditambah dengan kompos yang masih ban...