musim baru permulaan menanam padi

Alhamdulillah penanaman padi bermula lagi di kawasan Alor Setar. Keadaan hujan sekarang sesuai untuk aktiviti menanam padi. Petak bendang dibajak dan diratakan untuk kerja penanaman padi. Benih padi direndam semalaman, sebelum diangkat dan dibiarkan didalam beg benih bagi membolehkan benih padi bercambah. Petak bendang akan dikeringkan sebelum kerja penanaman padi untuk kerja menabur benih. Pada masa ini juga anak anak ikan akan mulai masuk ke bendang. Banyak juga anak anak ikan yang terperangkap disaluran air dan dapat ditangkap dengan mudah. Kerja kerja menabur benih padi memerlukan tenaga tulang empat kerat untuk mengangkut benih ke tengah bendang. Kemudian, benih ditabur dengan menggunakan mesin yang digalas dibelakang petani. Selepas beberapa hari, benih akan bercambah dan racun perosak perlu disembur untuk mengelakkan benih dimakan siput gondang. Banyak lagi kerja kerja dikampung yang perlu dilakukan seperti menebas semak samun dan membersih kebun. N...