perkembangan kebun perumahan 28 Ogos 2016

Alhamdulillah hujung minggu ini dapat digunakan untuk mengurus sedikit kebun perumahan. Cuaca mendung sahaja pada hujung minggu ini. Semaian terung Biji benih terung hijau yang disemai minggu lepas dengan berhati hati dan cermat sekali nampaknya tidak tumbuh. Beberapa kemungkinan yang menyebabkan biji benih tidak tumbuh seperti benih direndam terlalu lama didalam air, biji benih tamat tempoh ataupun biji benih diserang oleh kulat. Disebalik itu, biji benih terung telunjuk yang hanya ditabur diatas tanah kompos dan tidak terjaga sangat pula telah bercambah. Alhamdulillah ada juga pengubat hati bila semaian yang diharap harapkan tidak tumbuh. Menjala ikan Kesempatan balik kerja pada hari jumaat pula digunakan untuk menjala ikan di batu kawan bersama rakan. Beberapa ekor ikan tilapia dan udang telah berjaya ditangkap menggunakan jala di kawasan terusan kecil. Diterusan utama pula, suasa menjala seperti pesta kerana banyak ikan dan penjala. Disebabkan peti ais tidak berfungs...