Catatan

balik kampung, 14 Jun 2020

Alhamdulillah, dapat juga balik ke kampung, setelah hampir 3 bulan menunggu untuk balik ke kampung. Perasaan teruja untuk menjenguk kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan. Bagaimana keadaan rumah, pokok pokok, ayam dan ikan yang ditinggalkan. Perjalanan balik ke kampung lancar dan lebuh raya juga tidak sesak. Misi balik kampung kali ini adalah untuk mengemas rumah dikampung dan menziarah kak Chik. Mak dan ayah masih lagi berada di Selangor dan akan pulang pertengahan minggu. Jadi, sedikit kerja mengemas rumah perlu dilakukan sebelum mak dan ayah balik ke kampung. Musim buah mempelam Tahun ini, kami terlepas untuk merasa buah mempelam bagi musim kali ini. Bila balik ke kampung, hanya tinggal biji biji buah mempelam diatas tanah. Hanya dimakan oleh ayam dan adik beradik yang sempat balik ke kampung. Tiada rezeki untuk merasa buah mempelam kali ini. Pokok mempelam harum manis yang baru hendak mula berbunga diluar musim. Harap harap ada rezeki untuk merasa buah harum manis dari...

perancangan tanaman musim hari raya 2020

InsyaAllah tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Walaupun sambutan tahun ini sangat berbeza dengan tahun tahun sebelumnya. Tidak ada ziarah menziarah dan kunjung mengunjung. Hati teringin untuk balik ke kampung. Namun, apakan daya, perintah kawalan masih lagi berlangsung. Saya akan cuba isi masa yang ada dengan beberapa aktiviti berkebun dikawasan perumahan yang banyak tertunda. Sayur sayuran Alhamdulillah cuaca sekarang sangat sesuai untuk menanam sayur sayuran. Hujan yang kerap menjadikan sayur sayuran jenis daun dapat tumbuh dengan baik. InsyaAllah akan cuba menyemai benih benih sayuran yang mudah tumbuh dan dijaga seperti kangkung dan bayam. InsyaAllah saya akan cuba menanam benih lobak putih juga. Sudah lama saya tidak menanam sayur sayuran jenis lobak putih. Lobak putih mudah ditanama dan dapat dituai dalam tempoh yang cepat. Ikan kaloi InsyaAllah saya juga akan mencari benih ikan kaloi untuk dbela didalam kolam. Ikan kaloi yang saya pernah bela sebe...

bayam brazil di kebun perumahan

Alhamdulillah percubaan menanam bayam brazil di kebun perumahan sudah berhasil. Apa yang membanggakan saya ialah bukan saya yang menanam. Tetapi isteri yang beriya iya untuk menanam bayam brazil. Perbagai bentuk pasu dibuat daripada barang barang terpakai untuk dijadikan sebagai medium tanaman. Penanaman bayam brazil adalah mudah. Hanya perlu cucuk keratan bayam brazil ke dalam tanah. Tanah disiram supaya lembab untuk menggalakkan akar baru keluar. Selepas lebih kurang sebulan, pucuk pucuk bayam brazil sudah sedia untuk dituai. Bayam brazil sesuai dijadikan tanaman bagi mereka yang baru hendak berjinak jinak berkebun. Penggunaan bayam brazil dalam sajian boleh dipelbagaikan. Isteri saya suka bayam brazil yang direbus atau dimasak sup sebagai ganti bayam biasa. Gambar akan diletakkan kemudian

perkembangan kebun kampung di akhir PKP fasa 4, tikus selongkar rumah

Perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan menyebabkan saya masih tidak dapat balik ke kampung. Terdapat berita yang mengatakan kejadian ribut dan hujan lebat di kampung sehingga menyebabkan kejadian bumbung rumah tercabut, banjir dan pokok tumbang disesetengah tempat di Kedah.  Alhamdulilllah keadaan rumah di kampung masih baik dan tiada kejadian pokok tumbang dikawasan rumah kampung. Namun, abang ipar sempat singgah sekejap ke rumah dikampung semasa tempoh PKP kerana ada tugasan. Keadaan didalam ruang dapur rumah menjadi berselerak. Disebabkan tiada penghuni dan tiada kucing, tikus didalam rumah bermaharajalela mencari makanan dan membongkar kawasan dapur. Diantara sebab banyak tikus dirumah kampung ialah banyak tempat untuk tikus bersembunyi. Terdapat ruang persembunyian diantara lantai kayu rumah dibahagian atas. Dulu dulu ayah menambah kepingan asbestos untuk menutup ruang ruang lantai kayu. Pada siang hari, tikus akan bersembunyi disitu dan mula keluar mencari makan...

kebun kampung di kala covid19

Buat masa ini, kebun kampung terpaksa ditinggalkan sekejap kerana perintah pergerakan terhad. Jadi, hajat untuk balik ke kampung dan menjenguk mak ayah tidak kesampaian. Alhamdulillah mak dan ayah masih sihat. Mujur abang long bawa mak ayah tinggal sekali sepanjang tempoh berkurung. Lebih mudah untuk diuruskan jika ada sakit dan demam. Musim panas terik sudah mula berakhir dengan kedatangan peralihan monsun. Hujan lebat mulai turun. Petani insyaAllah akan memulakan sesi menanam padi tidak lama lagi. Nasib ayam ayam dikampung. Ayam di kampung terpaksa ditinggalkan dahulu. Hanya harap kepada jiran untuk memberi makan. Dedak ayam kampung memang tersedia dibeli pada cuti hari raya cina yang lepas. Moga ayam ayam dapat bertahan dan masih sihat bila dapat balik ke kampung semula. Ubi kayu Ubi kayu yang ditanam di kampung pun rasanya sudah sesuai untuk dituai. Kedatangan musim hujan juga boleh merosakkan ubi kayu. Harap harap dapat dituai. Ikan ikan dalam kolam Satu...

balik kampung raya cina 2020

Alhamdulillah dapat balik kampung pada cuti hari raya cina tahun ini. Cuaca di kampung panas terik seiring dengan musim timur sekarang. Pokok mempelam berbunga Pokok pokok mempelam di kawasan sekitar rumah sudah mula berbunga. Pokok mempelam tidak berbunga serentak. Ada pokok yang mengeluarkan bunga secara beberapa berperingkat. Jadi, diatas pokok terdapat buah yang sudah terbentuk dan ada bahagian yang baru mengeluarkan bunga. Paling menarik pada tahun ini, pokok mempelam harum manis mulai berbunga. Harap harap dapat merasa buah mempelam harum manis dari pokok sendiri tahun ini insyaAllah. Pokok pisang Alhamdulillah pokok pisang disekitar rumah masih lagi bertahan dimusim timur ini. Cuaca panas terik. Pokok pokok pisang tanduk sudah hampir enam bulan ditanam, namum saiznya masih kecil. Pokok pisang memerlukan bekalan air yang banyak. Kekurangan bekalan air menyebabkan pembesaran pokok pisang terbantut. Terdapat pokok pisang awak yang sudah masak dan ditebang untuk dibawa bal...

perkembangan kebun kampung Januari 2020

Alhamdulillah ada sedikit perkembangan kebun kampung yang saya boleh kongsikan Tanaman ubi kayu Tanaman ubi kayu sudah mencapai tempoh tiga bulan. Pokok sudah mencapai tinggi lebih kurang dua meter. InsyaAllah perlu tunggu selama tiga bulan lagi sebelum dapat dituai. Pisang tanduk dan pisang udang merah Buat masa ini tumbesaran pisang tanduk dan pisang udang merah masih belum memuaskan. Sebagai langkah membantu tumbesaran, saya sudah tambun sedikit tanah disekitar pangkal pokok untuk membantu pokok menyimpan lebih air. Keadaan musim kering sekarang menyebabkan banyak pokok yang terbantut. Kebun mempelam belakang rumah Kebun mempelam dibelakang rumah telah tiada lagi untuk memberi laluan kepada pembinaan rumah mak saudara. Jentera jentera berat sudah membersihkan tanah dan meratakan tanah. Tanah merah sudah dibawa masuk menggunakan lori untuk membina tapak rumah. Banyak nostalgia dulu dulu bermain dikawasan kebun mempelam. InsyaAllah ada rezeki buka kebun di kawasan lain p...

perkembangan kebun perumahan Bela Ikan Hibrid Lampam Kerai

Alhamdulillah, kebun perumahan dapat dipulihkan sedikit untuk tujuan membela ikan. Nostalgia membela ikan di taman perumahan selama lebih kurang lima tahun. Ikan kaloi dan ikan keli yang dibela dari kecil sehingga menjadi besar. Sayang sekali kesemua ikan tersebut mati atas sebab yang tidak pasti. Didalam kolam hanya tinggal ikan patin yang masih bertahan. Terkejut juga masih terdapat ikan patin didalam kolam kerana saya menyangka kesemua ikan sudah mati. Kini, saya cuba memulakan kembali projek membela ikan didalam kolam. Sebagai permulaan, saya cuba untuk membela ikan hibrid Kerai Lampam. Mengikut info yang saya baca, ikan lampam kerai lebih cepat membesar berbanding ikan kerai. Harga ikan kerai lebih mahal sekitar rm15-30 seekor. Ikan dibeli melalui tempahan online. Benih ikan dihantar dari Selangor ke Pulau Pinang menggunakan perkhidmatan bas ekspress. Saya terpaksa bersengkang mata untuk menunggu bas ekspress yang tiba pada jam 4 pagi. Ikan dibungkus didalam plastik tebal se...

perkembangan kebun kampung Oktober 2019

Alhamdulillah kebun perumahan dapat dikemas kini setelah hampir dua bulan tidak ada posting terbaru. Banyak gambar baru yang diambil dari kebun. Cuma tidak sempat hendak disiarkan dalam laman blog. Kebun pisang Kebun pisang sudah hampir 80% bersih dan kemas. Rumput rumput dan semak samun sudah di potong dan dicerahkan. Rumput di potong pendek menggunakan mesin rumput. Tiada penggunaan racun rumput digunakan di kawasan kebun. Setiap dua minggu, rumput perlu di potong untuk mengelakkan kebun menjadi semak. Tempoh memotong rumput mengambil masa sekitar sejam. Selepas rumput dipotong, saya akan lakukan kerja kerja lain di kebun seperti mengambil buah pisang yang masak dan memangkas perdu lama. Pokok pokok pisang yang sakit sudah berkurangan berbanding masa yang dulu. Kawasan pokok pisang perlu dipastikan mempunyai pengairan yang baik dan memastikan tiada tempat air bertakung. Ubi kayu Beberapa batang ubi kayu di ambi dari rumah mak mentua dan ditanam di kawasan kebun pisang. Ter...

musim durian Wang Tepus 2019

Alhamdulillah tahun ini dapat merasa musim durian yang baik di kebun abang yang terletak di kawasan Wang Tepus, Kedah. Sudah lama tidak masuk ke kebun durian. Kali terakhir hampir kira kira lapan tahun yang lepas bersama mak, ayah, isteri dan arwah kak Chak. Masih lagi teringat kenangan sama sama mencari buah buahan didalam dusun dan berehat di pondok. Durian, rambutan dan buah buah kayu Pokok pokok durian yang satu ketika dahulu hanya setinggi 2 meter sudah menjadi sangat tinggi. Musim buah buahan kali ini sangat menjadi. Buah buah seperti durian, dokong, cempedak, petai, rambutan dan pulasan sangat banyak. Kawasan dusun terdiri daripada sedikit kawasan lapang dan kawasan berbukit. Kawasan lapang ditanam dengan pokok durian, dokong, cempedak dan rambutan. Kawasan paling atas ditanam dengan pokok pokok petai. Terdapat pelbagai vareiti durian yang ditanam di dusun termasuk udang merah dan musang king. Tahun ini durian musang king masih belum menjadi. Menurut Bang Lazim yang menjaga...

aktiviti hujung minggu 22-23 Jun 2019

Alhamdulillah, perancangan untuk ke Kuala Kangsar pada 22 Jun 2019 dan balik kampung pada 23 Jun 2019 berjalan dengan baik. Beberapa aktiviti ziarah dapat dilaksanakan di Kuala Kangsar. Ziarah Kuala Kangsar Perancangan awal ialah untuk menziarah rakan di kuala kangsar seawal jam 9 pagi. Namun, perancangan tergendala sedikit. Kami hanya keluar dari rumah jam 9.30 pagi dari Pulau Pinang. Perjalanan kesama nemgambil masa lebih kurang satu jam tiga puluh minit. Trafik lancar sepanjang perjalanan. Cuaca juga hanya redup redup tanpa hujan. Apabila kami sampai ke dataran kuala kangsar, pasar pagi sudah hampir tutup. Kebanyakan peniaga sudah mulai mengemas. Jadi, kami segera melalui pasar pagi untuk melihat barang yang masih boleh dibeli. Diantara barang yang dibeli ialah kerepek pisang yang baru dibuat, buah buahan untuk dijadikan buah tangan bila berkunjung ke rumah rakan. Saya juga sempat membeli beberapa batang anak pokok pisang tanduk. Setelah singgah di pasar pagi dataran kuala ka...

nostalgia pokok limau

baru baru ini semasa balik ke kampung, mak bercerita tentang pokok limau yang pernah ditanam di sekitar kawasan rumah. Mengikut cerita mak, pokok limau mula di tanam oleh tok wan Darus. Berpuluh puluh pokok yang tok wan Darus tanam sehingga boleh dijual hasilnya. Rasanya sangat manis mengikut cerita mak. Mak terkenang rasa manis buah limau dan mengeluh bahawa sudah tidak ada lagi benih pokok. Berdasarkan penceritaan mak, pokok limau tersebut hidup subur dikawasan tanah sawah. Kenangan buah limau tepi rumah. Semasa saya remaja, terdapat sepohon pokok limau di tepi rumah. Buah buah limau tersebut tidak terlalu manis dan mempunyai rasa masam yang agak kuat. Saya tidak mengemari rasa limau tersebut. Banyak buah yang terbiar begitu sahaja tanpa dimakan. Apabila saya masuk asrama, pokok tersebut sudah tiada. Rasanya pokok tersebut mati. Saiz pokok limau tersebut sekitar 3 meter dan batang sebesar paha. Limau manis vareiti siam Terbaru, saya mendapat info dari internet bahawa terdapa...

balik kampung raya 2019

Imej
Alhamdulillah dapat balik kekampung hampir 7 hari lebih bersempena cuti hari raya AidilFitri 2019/1440H. Kesempatan cuti panjang digunakan untuk melakukan aktiviti aktiviti berkebun di kampung dan juga mengemas kawasan rumah. Baiki kolam ikan Alhamdulillah kolam ikan berjaya dibaiki. Dinding kolam yang bocor berjaya ditampung sepenuhnya. Proses membaiki memakan masa lebih kurang empat hari. Hari pertama, kolam simen ditakung air untuk mengesan kawasan yang masih bocor. Punca utama kebocoran dikenalpasti daripada satu lubang yang mempunyai bata yang sudah lama. Air kolam keluar dengan banyak melalui lubang bata tersebut. Lokasi kebocoran dapat disahkan dengan menggunakan tanah liat. Tanah liat diletakkan pada kawasan yang disyaki bocor. Jika kebocoran berhenti apabila lubang dipalam dengan tanah liat. Maka, kawasan tersebut perlu disimen semula. Air kolam dikeringkan semula dan kerja menampal simen dilakukan sebanyak dua kali kerana kawasan yang bocor membentuk lubang didalam dind...

balik kampung ramadhan 2019

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada pertengahan bulan Ramadhan. Kebetulan cuti nuzul Quran dan cuti ganti hari Wesak jatuh pada minggu yang sama. Masa yang ada diluangkan untuk melakukan kerja kerja kampung. Baiki mesin rumput Mesin rumput yang baru dipakai beberapa bulan telah rosak. "Bearing" pada bahagian pemutar mata bilah sudah berbunyi dan mata bilah sudah tidak berpusing dengan laju. Kerja membaiki dilakukan di kedai menjual mesin rumput. Kos membaiki mesin rumput sebanyak RM 100.00. Baiki kolam ikan Kolam ikan yang sudah dikeringkan beberapa minggu sebelumnya di baiki dengan menggunakan simen khas. Harga simen ini agak mahal sekitar rm 80 bagi pek seberat 20 kilogram. Kerja membaiki kolam dilakukan pada secara berperingkat peringkat kerana memerlukan tenaga kudrat empat kerat di waktu bulan puasa ini. Cuci akuarium Akuarium besar di depan rumah agak terbiar sekarang ini. Lumut tumbuh pada dinding. Cubaan menggunakan berus biasa untuk membuang lumut t...

perkembangan kebun kampung awal Mei 2019

Alhamdulillah posting baru di blog kebun kampung muncul kembali. Kesibukan tugas menyebabkan aktiviti berkebun tidak banyak dijalankan. InsyaAllah ada beberapa misi di kebun kampung untuk dilaksakan menjelang hujung tahun. tanam mempelam harum manis InsyaAllah tahun ini akan cuba menambah benih pokok harum manis di kawasan kebun pisang. Jika ada rezeki, bolehlah menuai hasil dalam beberapa tahun akan datang. Disamping itu, pokok pokok mempelam pauh yang sudah lama di kawasan kampung akan cuba di tut dengan tut harum manis. Kaedah ini dikatakan menhasilkan buah dengan lebih cepat. bersih kebun pisang Alhamdulillah, kebun pisang sudah berjaya dicuci beberapa kali semaasa musim kering yang lalu. Kini, tugas membersihkan kebun pisang lebih mudah. Terdapat beberapa lagi pokok yang tumbuh liar yang perlu ditebang. Pisang yang dituai dikebun akan cuba di jadikan kek pisang sebagai produk sampingan kerana sayang pisang yang selalu dituai tidak sempat digoreng. Disamping itu, saya ...

perancangan balik kampung raya cina 2019

InsyaAllah dalam beberapa hari lagi, saya akan balik ke kampung halaman. Musim timur sudah sampai ke kemuncak pada pendapat saya. Padi di kampung sudah menguning. InsyaAllah fokus balik kampung kali ini ialah untuk menyambung kerja kerja menebas kebun. Jentera baru mesin rumput sudah pun dibeli. InsyaAllah kali ini kerja kerja pembersihan akan dilakukan dengan lebih cepat. Cuma, raya kali ini tidak ramai anak buah yang balik bercuti di kampung. Jadi, kurang kaki tangan untuk melakukan kerja kerja di kampung. Diantara aktiviti lain yang akan dilakukan pada cuti kali ini ialah memancing, ziarah rakan rakan dan saudara serta berbasikal. Harap harap perancangan saya akan menjadi kenyataan insyaAllah.

balik kampung cuti Krismas 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada cuti hari Krismas yang lepas. Musim angin timur sudah terasa dimana waktu siang langit sangat biru tanpa awan dan cuaca sangat panas. Namun, angin timur kali ini agak berbeza kerana hujan masih lagi turun sesekali dengan lebat. Bersih kebun pisang Hajat untuk membersihkan kebun pisang akhirnya dapat dimulakan. Rumput yang panjang di bahagian hadapan kebun dipotong pendek menggunakan mesin rumput. Namun, kerja kerja menebas rumput yang panjang dibahagian belakang kebun terpaksa dilupakan buat masa ini kerana masalah jentera mesin rumput. Nampaknya, kerja kerja menebas keseluruhan kebun terpaksa ditangguhkan dahulu. Bahagian hadapan kebun juga perlu dipagar nampaknya untuk mengelakkan jiran jiran membuang sampah sarap didalam kawasan kebun. Sepatutnya sampah sarap termasuk sisa kebun diuruskan dikawasan masing masing. Bukannya dilonggokan kedalam kawasan jiran. Saya cuba mencari anak pokok cabai burung yang tumbuh meliar didalam kawasan k...

balik kampung awal Disember 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada awal Disember 2018. Jadual untuk bulan Disember agak padat untuk aktiviti hujung minggu. Peluang balik ke kampung juga digunakan untuk menziarahi cikgu yang terlantar sakit. Semoga cikgu semakin sembuh insyaAllah. Musim timur sudah bermula. Pokok pokok mempelam mulai mengeluarkan bunga. Jika ada rezeki dapat merasa buah mempelam dalam beberapa bulan lagi. Pokok mempelam pada musim lepas tidak dipangkas. Parit didepan rumah pula sudah tidak lagi dibersihkan secara meyeluruh. Ini kerana sebahagian daripada tanah dihadapan rumah akan diambil kerajaan untuk tujuan pembinaan jalan. Lagipun, masa dan tenaga tidak dapat diluangkan buat ketika ini untuk tujuan membersih parit. Bersih belakang rumah Kawasan belakang rumah yang sudah semak dan dipenuhi rumput rampai dibersihkan. Rumput di mesin pendek untuk memudahkan ayah menjenguk kawasan belakang rumah. Kawasan berhampiran parit belakang rumah juga sudah ditebas oleh pekerja jabatan saliran. ...

balik kampung November 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung untuk ziarah mak dan ayah. Masa dikampung masih lagi terhad. Perancangan awal untuk balik bercuti di kampung selama empat hari tertangguh kerana faktor cuti pasangan berbeza. Jadi masa yang dapat diluang dikampung pada masa ini sekadar sehari setengah. Masa yang ada digunakan untuk menyelesaikan perkara utama yang tertangguh dahulu seperti urusan cermin mata ayah, ambil ubat ubatan di klinik dan urusan pendaftaran bendang ayah untuk musim penanaman yang baru. Disamping itu, masa yang ada juga digunakan untuk bawa mak dan ayah berjalan jalan. Mak juga hendak melawat bendang milik mak di kawasan Air Hitam. Kebun pisang Kebun pisang sudah lama tidak dijenguk. Ada orang kampung yang datang mengambil pisang tetapi membayar pada harga yang rendah. Selain mengambil pisang, habis golok dan kasut but juga diambil dan tidak dipulangkan. Buah buahan seperti buah sawa(ciku) juga diambil sedangkan mak nak simpan untuk anak cucu yang hendak balik bercuti. R...

8 jam di kampung, 30 September 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu ini. Masa di kampung tidak lama dari waktu tengah hari sehingga waktu Isya' sahaja. Namun, kesempatan ini digunakan sebaiknya. Kali ini, perjalanan balik ke Alor Setar melalui jalan lama iaitu dari Sungai Petani, seterusnya melalui Merbok dan Yan sebelum sampai ke Alor Setar. Mata air di Singkir Laut Perjalanan dari Merbok ke Yan akan melalui kawasan tepi laut yang berbukit. Terdapat lokasi mata air yang bersih. Pengunjung boleh berhenti untuk mengambil air dari mata air. Pengamatan saya mendapati tempat yang disediakan cukup baik. Cuma, pengunjung pengunjung harus menjaga kebersihan tempat ini untuk mengelakkan sumber air tercemar. Gulai Ikan Alor Pear Perjalanan dari Pulau Pinang ke Alor Setar melalui daerah Yan mengambil masa yang panjang. Kami bertolak sekitar jam 9.30 pagi. Jadi, apabila sampai di Alor Setar sudah hampir waktu tengah hari. Juadah makan tengah hari dibeli dari kedai nasi campur berhampiran Alor Pear. Keda...